• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / AS Kemas Kini Kawasaki ZX-10RR (2024), Rupa Sama Tapi Lebih Padu

AS Kemas Kini Kawasaki ZX-10RR (2024), Rupa Sama Tapi Lebih Padu

June 9, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KAWASAKI Amerika Syarikat (AS) mengemas kini Ninja ZX-10RR edisi 2024 dengan menerima beberapa pembaharuan dan pada masa sama mengekalkan originaliti DNA model 2023, seperti warna Lime Green/Ebony (hijau-hitam).

Kawasaki Ninja ZX-10RR (2024) dibangunkan sebagai model trek dengan gaya cukup sporty dan agresif menerusi lampu utama LED terpisah dan visor angin gelembung. Juga kelihatan ambilan udara di tengah antara dua lampu utama.

Di sebalik kotak udara ialah sistem ambilan udara variabel (VAI) baharu, terdiri daripada sepasang corong ambilan bergerak yang beroeprasi mengikut putara per minit (RPM).

Maksudnya, jika rev tinggi, ambilan akan melepasi sistem VAI dengan corong dinaikkan sepenuhnya. Pada rev rendah pula, tinggi corong hanya 35mm, dan udara yang masuk digunakan untuk menambah baik prestasi pada julat rendah dan pertengahan.

kawasaki-zx-10rr-2023-usa-2
kawasaki-zx-10rr-2023-usa-3

Bagaimanapun, sistem itu hanya digunakan untuk tetapan lumba kerana memerlukan tambahan unit kawalan elektronik (ECU) lumba, dan sub-kontroler.

Ninja ZX-10RR (2024) ini dijana enjin 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 998cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 211hp dan tork 111.8Nm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan yang disertakan bersama ciri anjakan gear pantas quickshifter dwi-hala.

Sistem bantuan penunggang juga boleh tahan dengan diberikan empat mod tunggang (Sport, Rain, Road dan Rider), kawalan jelajah, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kawalan luncur, unit unjuran inersia (IMU), kawalan brek enjin (EBC), kawalan traksi, mod kuasa dan banyak lagi.

Semua ciri diberikan di atas boleh dioperasikan menerusi panel meter TFT yang juga memaparkan bacaan maklumat penting seperti odomoter, spidometer, meter pejalanan, bar petrol, dan lain-lain, termasuk konektiviti telefon pintar.

Ciri lain ialah set suspensi Fork Bebas Imbang (BFF) jenis terbalik (USD) 43mm di depan dan monoshock horizontal back-link dengan absorber gas BF di belakang yang kedua-dua jenis boleh laras penuh.

Sistem brek menggunakan dwi-brek cakera 330mm di depan dan brek cakera tunggal 220mm di belakang. Bahagian roda menggunakan rim aloi tempa Marchesini 17 inci dengan set tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP 120/70 ZR17 (depan), dan 190/55 ZR17 (belakang).

Harga? Di pasaran AS, Kawasaki Ninja ZX-10RR (2024) ini dijual pada harga AS$30,499 (RM140,650). Adakah unit ini akan masuk ke pasaran Malaysia nanti untuk memberikan saingan kepada model perdana lain seperti Ducati Panigale V4 dan BMW S 1000 RR.

BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Masuk Malaysia, Ansuran Cuma RM1,578 Sebulan
BACA >>> #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!

SUMBER: KawasakiUSA

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki USA, Kawasaki ZX-10RR (2023), roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev