TAHUKAH anda hanya 55% daripada daripada jumlah keseluruhan bas yang dikendalikan Rapid Bus (anak syarikat Kumpulan Prasarana) yang masih aktif beroperasi?
Daripada 1,757 buah bas, sekitar 900 buah sahaja yang masih aktif beroperasi manakala sekitar 857 buah lagi terdiri daripada bas yang berusia melebihi 10 tahun yang perlu dibaiki dan diselenggara.
Perkara ini telah disuarakan oleh Kementerian Pengangkutan di Dewat Rakyat bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah bas henti-henti milik Prasarana yang beroperasi secara optimum setiap hari.
Menurut Kementerian, Rapid Bus menjalankan penyelenggaraan pada semua bas-bas tersebut dan jumlah tersebut sentiasa berubah-ubah mengikut jenis pembaikan yang dilaksanakan terhadap sesuatu bas.
Kekurangan kapten bas juga merupakan sebab mengapa operasi bas ini tidak dapat dioptimumkan. ketika ini, terdapat 867 kekosongan jawatan sebagai kapten bas yang perlu diisi sehingga hujung tahun ini.
Pengambilan pemandu bas sedang giat dijalankan dan bagi menarik minat lebih ramai calon berpotensi manakala faedah kakitangan mereka telah ditambah baik seperti kenaikan elaun dan gred untuk kapten bas.
Tambah Kementerian, melalui inisiatif 'Fleet Replacement and Electrification Program', Rapid bus sedang giat menggantikan bas yang sudah uzur yang berisiko untuk rosak kepada bas elektrik dan diesel baharu.
Berdasarkan rangka kerja program ini, proses penggantian ini dijangka bermula pada tahun 2024.
BACA >>> Prasarana Tambah 300 Bas, Termasuk Bas Mini Elektrik untuk Rapid KL Menjelang 2024
BACA >>> Rapid KL: Ini Bukan Makanan Ye. Ini Adalah Naji* Manusia
SUMBER: BFM
Leave a Reply