• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!

BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!

June 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW Malaysia melancarkan model lencana M paling berkuasa buat masa ini, XM Label Red (2023) untuk pasaran Malaysia pada harga RM1.6 juta (RM939,800 untuk Langkawi).

Menerusi pelan pembiayaan 'Straight Line' disediakan BMW Group Financial Services Malaysia, BMW XM Label Red (2023) baharu ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula RM18,707 (mengikut anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun).

BMW XM Label Red (2023) baharu menggabungkan sistem BMW M Hybrid efisien yang membekalkan jarak operasi elektrik sejauh 83km (WLTP) dengan enjin 4.4L V8 M TwinPower Turbo berkuasa 748hp dan tork 1,000Nm serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.8 saat.

Ada dua pilihan warna baharu untuk strip aksen, iaitu Toronto Red atau Shadowline, yang kedua-duanya disempurnakan garis merah pada model ‘XM’ di pintu depan.

BMW XM Label Red (2023) baharu ditawarkan dalam 50 pilihan warna dan pembeli boleh melihat sendiri padanan warna menerusi kemudahan BMW Individual Visualizer.

Model dipanggil kenderaan aktiviti sukan (SAV) baharu ini juga hadir dengan dua pilihan rim baharu, iaitu set rim aloi ringan M 22 inci dwi-tona dengan aksen merah yang sepadan jalur aksen Toronto Red, atau set rim aloi ringan M 23 inci dwi-tona dengan aksen hitam dalam gaya Star Spoke, sepadan dengan jalur aksen Shadowline.

Motif dwi-tona menawan juga dapat dilihat dalam kabin BMW XM Label Red (2023), seperti upholsteri mewah yang menampilkan tekstur bentuk berlian dengan sulaman benang merah. Aksen merah turut dilihat pada papan pemuka, trim pintu, dan panel instrumen.

Pemilik BMW XM Label Red (2023) baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium, membabitkan:

  • Waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dengan program servis berjadual percuma BMW
  • Bantuan jalanan dan talian kemalangan BMW
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ - kad keistimewaan BMW
  • Servis atas talian BMW

BACA >>> BMW M 1000 R (2023) Kini Di Malaysia, Harga RM158,500!
BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Masuk Malaysia, Ansuran Cuma RM1,578 Sebulan

02. The New BMW XM Label Red
03. The New BMW XM Label Red
04. The New BMW XM Label Red
05. The New BMW XM Label Red
06. The New BMW XM Label Red
08. The New BMW XM Label Red
09. The New BMW XM Label Red
12. The New BMW XM Label Red
13. The New BMW XM Label Red
15. The New BMW XM Label Red
01. The New BMW XM Label Red - Toronto Red Trim - Magnetic II Grey
02. The New BMW XM Label Red - Toronto Red Trim - Magnetic II Grey
03. The New BMW XM Label Red - Toronto Red Trim - Magnetic II Grey
05. The New BMW XM Label Red - Toronto Red Trim - Magnetic II Grey
01. The New BMW XM Label Red - Shadowline Trim - Petrol Mica
02. The New BMW XM Label Red - Shadowline Trim - Petrol Mica
03. The New BMW XM Label Red - Shadowline Trim - Petrol Mica
05. The New BMW XM Label Red - Shadowline Trim - Petrol Mica

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW Malaysia, BMW XM Label Red, BMW XM Label Red (2023), kenderaan aktiviti sukan (SAV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), M, Roda4, SAV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev