• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW M 1000 R (2023) Kini di Malaysia, Harga RM158.5k!

BMW M 1000 R (2023) Kini di Malaysia, Harga RM158.5k!

June 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW Motorrad Malaysia melancarkan roadster supersport baharu, BMW M 1000 R (2023) untuk pasaran Malaysia pada harga RM158,500, tanpa insurans, dengan waranti dan program bantuan jalanan tiga tahun.

Dengan Pelan Pembiayaan disediakan BMW Group Financial Services Malaysia, model baharu ini dapat dimiliki dengan byaran serendah RM1,928 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing 80 peratus bagi tempoh empat tahun).

BMW M 1000 R (2023) baharu menampilkan enjin 4 silinder sebaris penyejukan cecair berasaskan enjin BMW S 1000 R. Dengan berat basah 199kg, trenkuasa ini mampu menghasilkan kuasa 210hp, iaitu lebih 45hp daripada BMW S 1000 R, manakala tork maksimum mencecah 113Nm @ 11,000rpm (BMW S 1000 R - 114Nm) pada rev 9,250rpm.

Peningkatan traksi roda belakang pada semua aras gear dijamin dengan nisbah gear sekunder lebih singkat, mankala nisbah gear 4, 5, dan 6 juga dibuat lebih singkat, yang menyumbang aspek pikap dan traksi roda belakang.

Suspensi dan casis BMW M 1000 R (2023) baharu juga diperhalusi dengan frem titian aluminium dengan silinder piston hidraulik berasingan dengan sisipan kartrij bertutup.

Dari segi aerodonamik, BMW M 1000 R (2023) hadir dengan winglet M baharu di depan bagi membekalkan daya mendap (downforce) tambahan untuk meningkatkan kestabilan pada halaju tinggi.

Penangkis angin turut ditambah bagi melawan rintangan aerodinamik tambahan daripada tambahan kecil yang dibuat pada bahagian depan selain mengurangkan risiko wheelie supaya dapat memecut lebih pantas.

Brek M juga didatangkan sebagai standard, dengan sistem brek dwi-cakera 320mm dengan tebal 5mm. Fungsi Bantuan Gelincir Brek (BSA) pula berguna untuk tunggangan trek yang membolehkan penunggang melakukan drif brek ketika memasuki selekoh dengan melungsur secara tetap.

Panel meter daripada skrin TFT 6.5 inci dengan paparan takometer baharu dan julat halaju merah selain animasi M apabila motosikal dihidupkan.

Ciri standard lain BMW M 1000 R (2023) ialah penyahcas elektronik Titanium ESD, bateri LiO, rim tempa M, pelana sport M, rantai M Endurance, tunggangan tanpa kunci, spoiler enjin, pemanas terotel, kawalan luncur, antaramuka pengecas USB, tuil klac M dan tuil brek M, signal belok LED, TFL, DRC, kit pembonceng dan kowl pelana pembonceng.

Turut didatangkan sebagai standard ialah Shift Assistant Pro, mod tunggangan Pro, dan kawalan damper dinamik (DDC).

BMW M 1000 R (2023) ditawarkan dalam satu skema warna: Lightwhite/M Motorsport.

BACA >>> Jualan 2021 BMW Motorrad Terbaik dalam Sejarah
BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Masuk Malaysia, Ansuran Cuma RM1,578 Sebulan

BMW M 1000 R, BMW Test Days 2022, Almeria, Spain
BMW M 1000 R, BMW Test Days 2022, Almeria, Spain
BMW M 1000 R, BMW Test Days 2022, Almeria, Spain
04. The New BMW M 1000 R
05. The New BMW M 1000 R
06. The New BMW M 1000 R
07. The New BMW M 1000 R
08. The New BMW M 1000 R
09. The New BMW M 1000 R
10. The New BMW M 1000 R
11. The New BMW M 1000 R
12. The New BMW M 1000 R
13. The New BMW M 1000 R
14. The New BMW M 1000 R
15. The New BMW M 1000 R
16. The New BMW M 1000 R
17. The New BMW M 1000 R

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW M 10000 R (2023), BMW Malaysia, BMW Motorrad, naked sport, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev