• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 6 Juta Kenderaan Sehari di KL, Tiga Aliran Kontra Dibuka 3 Julai Ini untuk Atasi Sesak

6 Juta Kenderaan Sehari di KL, Tiga Aliran Kontra Dibuka 3 Julai Ini untuk Atasi Sesak

May 19, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kira-kira enam juta kenderaan berada atas jalan raya Kuala Lumpur setiap hari yang menjadi punca kesesakan ibu kota berkenaan.

Susulan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kesesakan Jalan Raya bersetuju dengan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melaksanakan laluan aliran-kontra melibatkan beberapa lokasi berikut:

Laluan Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan BESRAYA (dari Selatan KL)

  • Jarak 2.4km.
  • Dibuka kepada semua jenis kenderaan kecuali motosikal.
  • Pihak DBKL perlu mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak berkepentingan lain seperti PLUS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung isu persempadanan kawasan.

Pemanjangan Laluan Kontra dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught

  • Jarak 4km.
  • Dibuka kepada semua jenis kenderaan kecuali motosikal.

Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak

  • Jarak 3km.
  • Dilaksana untuk kenderaan pengangkutan awam (bas) sahaja. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan.
  • Penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan sewajarnya.

Tiga laluan kontra itu akan mula beroperasi 3 Julai 2023 bagi memberi masa kepada DBKL membuat persiapan.

Mesyuarat juga bersetuju supaya Institut Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS) membantu menyediakan garis panduan (teknikal dan keselamatan) berhubung pelaksanaan laluan kontra.

Laluan trafik dua hala di Jalan Sultan Ismail (dari persimpangan Jalan Sultan Ismail-Raja Chulan ke Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Bukit Bintang) turut dicadangkan bagi mengurangkan penumpuan trafik di Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion.

Mesyuarat bersetuju supaya DBKL meneliti cadangan tersebut dengan melaksanakan simulasi trafik yang mengambil kira kemasukan aliran trafik dari laluan jalan lain memasuki kawasan terbabit.

DBKL dipohon melibatkan pihak Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan MIROS dalam kajian simulasi aliran trafik tersebut. DBKL dipohon melaksanakan simulasi tersebut dalam tempoh satu hingga dua minggu dan mengemukakan laporan kepada jawatan kuasa teknikal dalam tempoh sebulan.

BACA >>> Laluan Kontra Lebuhraya KESAS Mula 18, 21 Mei Ini untuk Projek WCE
BACA >>> Kerajaan Akan Naik Taraf Laluan Motosikal CIQ BSI untuk Atasi Kesesakan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 6 juta, Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Institut Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS), Kuala Lumpur, laluan kontra, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev