• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Yaris Cross (2023) Bakal Masuk Vietnam Hujung Tahun Ini

Toyota Yaris Cross (2023) Bakal Masuk Vietnam Hujung Tahun Ini

May 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Yaris Cross (2023) dilaporkan bakal memasuki pasaran Vietnam menjelang hujung tahun ini selepas debut global di Indonesia, baru-baru ini.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) urban kos rendah itu dibangunkan Daihatsu dan dijenamakan menggunakan nama Toyota untuk pasaran Asia Tenggara. Model itu dilihat sebagai pesaing baharu kepada Toyota Raize (Malaysia: Perodua Ativa), Toyota Corolla Cross, Hyundai Creta, Kia Seltos dan Honda HR-V.

Toyota Yaris Cross (2023) yang dilancarkan di Indonesia itu dikatakan berbeza daripada model nama sama yang ditawarkan di Eropah dan Jepun.

Perbezaan paling utama, Toyota Yaris Cross versi Indonesia menggunakan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), manakala Yaris Cross versi Eropah dan Jepun dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota-B (TNGA-B).

Perbezaan Dimensi Toyota Yaris Cross (2023) Indonesia VS Eropah

  • Versi Indonesia: Panjang 4,310mm, tinggi 1,770mm, lebar 1,615 mm dan jarak roda 2,620mm.
  • Versi Eropah (foto atas): Panjang 4,180mm, tinggi 1,765mm, lebar 1,560mm dan jarak roda 2,560mm.

Toyota Yaris Cross (2023) mengambil ilham rekabentuk Toyota RAV4 dengan beberapa ciri hampir sama seperti gril trapezoid, lampu depan dan lampu kabus disorok dalam ventilator udara hiasan.

Ruang kabin dilengkapi bumbung panoramik, unit infotainmen skrin sentuh 10.1 inci, pengecas wayarles dan kerusi boleh laras elektrik.

Toyota Yaris Cross (2023) didatangkan dengan dua pilihan trenkuasa, iaitu petrol 1.5L (105hp, 138Nm) seperti Vios dan pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik CVT dalam sistem pacuan roda depan (FWD).

Enjin hibrid pula menggunakan enjin petrol 1.5L dengan motor elektrik berkuasa 90hp dan tork 121Nm, manakala unit motor menjana kuasa 79hp dan tork 141Nm. Varian hibrid juga boleh beroperasi penuh dengan motor elektrik dan pek bateri litium-ion.

Aspek keselamatan seperti enam beg udara, kamera 360º, Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan pakej teknologi bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS).

SUMBER: Zingnews

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV B Segmen, Toyota Vietnam, Toyota Yaris Cross, Toyota Yaris Cross (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my