• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Berminat Miliki Saham MV Agusta, Rancang Rombak Strategi Bisnes

KTM Berminat Miliki Saham MV Agusta, Rancang Rombak Strategi Bisnes

May 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


KTM nampaknya ada rancangan menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat MV Agusta. Perkara itu terdedah dalam temu bual bersama portal Itali, DueRuote dengan Hubert Trunkenpolz.

Trunkenpolz ialah Ahli Lembaga Eksekutif Pierer Mobility Group (PMG) dan beliau mengesahkan PMG bercadang menjadi pemegang saham terbesar pengeluar motosikal dari Itali itu. Menurut laporan, PMG akan mengekalkan operasi MV Agusta di Schiranna, Itali.

pierer-mobility-group-logo
mv-agusta-logo

PMG tahun lalu membeli 25.1 peratus pegangan saham dalam MV Agusta yang menimbulkan kebimbangan di Itali mengenai masa depan MV Agusta yang mungkin menerima nasib sama seperti Husqvarna.

Trunkenpolz dalam laporan DueRuote itu menegaskan perkara itu 'tidak akan berlaku'. Menurutnya, PMG tidak akan membuang pekerja dan memindahkan operasi, tetapi meningkatkan barisan pengeluaran MV Agusta sedia ada.

Sepanjang tahun lalu, MV Agusta cuma menghasilkan 1,000 unit motosikal yang dianggap Trunkenpolz sebagai;

Jumlah itu macam tak ada benda (kosong) untuk kami."

Beliau berkata, kilang pengeluaran MV Agusta sepatutnya menghasilkan 12,000 unit motosikal setahun dan pengeluar itu akan menggalas tugas pengeluaran motosikal mewah dan premium.

Fokus Jenama Motosikal Milik PMG

ktm-logo
gasgas-logo
husqvarna-logo
  • MV Agusta: Jenama motosikal premium mewah harga tidak kurang €30,000 (RM147,360).
  • KTM: Motosikal dengan karakter paling sporty.
  • Husqvarna: Motosikal urban dengan gata tersendiri.
  • GasGas: Motosikal untuk golongan muda, kos rendah dan menjanjikan keseronokan.

Trunkenpolz juga menyifatkan model MV Agusta Lucky Explorer ialah contoh motosikal yang 'tidak sepatutnya dibuat' kerana dibina di luar negara dan 'mengancam jenama sendiri'.

Bagi membawa perubahan di MV Agusta, PMG memerlukan sekurang-kurangnya 50.1 peratus pemilikan dan Trunkenpolz memberitahu portal Motorrad, pegangan PMG akan ditingkatkan pada masa akan datang.

BACA >>> Tech3 Jadi GasGas Factory Racing untuk MotoGP 2023!
BACA >>> Husqvarna Malaysia Lancar 10 Model, Termasuk Vitpilen dan Svartpilen, Harga Mula RM24k

SUMBER: VisorDown | KTM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Hubert Trunkenpolz, Husqvarna, KTM Austria, MV Agusta, Pierer Mobility Group (PMG), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev