• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris Cross (2023) Hadir dengan 2 Pilihan Enjin, Harga Mula RM91k!

Toyota Yaris Cross (2023) Hadir dengan 2 Pilihan Enjin, Harga Mula RM91k!

May 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Astra Motor (TAM) hari ini memperkenalkan Yaris Cross Hybrid (2023) dalam acara debut global di Indonesia.

Model kenderaan ulititi sukan (SUV) segmen-B itu dilihat sebagai pencabar kepada Honda HR-V, dan jika memasuki pasaran Malaysia, bakal turut memberi saingan kepada Proton X50.

Toyota Yaris Cross 2023 - 0
Toyota Yaris Cross 2023 - 1

Naib Presiden TAM, Henry Tanoto berkata, SUV 5-kerusi itu adalah pilihan baharu kepada pelanggan tempatan yang hadir dengan teknologi hibrid penuh dan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).

Toyota Yaris Cross (2023) dengan rekabentuk seakan SUV Crossover itu tampil dengan gril besar mirip Corolla Cross, dan didatangkan dalam dua pilihan trenkuasa, petrol 1.5L dan hibrid 1.5L.

Varian petrol dijana enjin 4-silinder 2NR-VE 1,496cc DOHC berkuasa 104.6hp @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.

Varian hibrid pula menggunakan kod enjin 2NR-VEX 1,496cc yang meledakkan kuasa 89hp dan tork 121Nm. Unit enjin itu digandingkan motor elektrik Permanent Magnet Sychronous Motor dan pek bateri litium-ion berkuasa 79hp dan tork 141Nm.

Sistem transmisi juga dalam dua pilihan, iaitu manual dan e-CVT.

Toyota Yaris Cross (2023) didatangkan dalam tiga varian:  G, S dan GR dengan harga bermula Rp300 juta hingga Rp400 juta (RM91,130 hingga RM121,510).

Toyota Yaris Cross Hybrid (2023) dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), sama seperti Toyota Vios baharu (Thailand: Yaris Ativ).

toyota-yaris-cross-indoensia-2023-1
toyota-yaris-cross-indoensia-2023-3
toyota-yaris-cross-indoensia-2023-6
Toyota Yaris Cross 2023 - 0
Toyota Yaris Cross 2023 - 1
toyota-yaris-cross-indoensia-2023-2
toyota-yaris-cross-indoensia-2023-4
toyota-yaris-cross-indoensia-2023-5

SUMBER: Kompas | GridOto

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Astra Toyota, autoterkini, Henry Tanoto, Roda4, SUV kompak, SUV segmen-B, Toyota Astra Motor (TAM), Toyota Yaris Cross Hybrid (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev