TEKNOLOGI keselamatan yang semakin maju memang membantu industri automotif untuk menghasilkan kereta yang lebih selamat, tetapi jika terlalu bergantung pada teknologi semata-mata, boleh juga membawa bahaya jika ia gagal berfungsi baik.
Malang menimpa seorang pemilik Honda HR-V (2022), JiaWei Ho yang berkongsi detik mencemaskan apabila sistem brek automatik kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya itu yang sepatutnya berfungsi membantu mengelakkan pelanggaran, tetapi menjadi punca kemalangan.
Berdasarkan video dikongsikan di Facebook, Honda HR-V dipandunya tiba-tiba berhenti sendiri tanpa sebarang halangan di depan hingga dirempuh sebuah lagi Honda HR-V di belakang.
Klip video lebih seminit itu juga seperti menunjukkan sistem sensor SUV tersebut terkeliru dengan bayang-bayang gelap ketika dia melalui laluan bawah jejambat.
Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) yang ada pada Honda HR-V baharu berfungsi apabila sensor radar gelombang milimeter dan kamera monokular mengesan risiko perlanggaran dengan memberikan amaran audio dan visual, manakala pedal terotel akan bergetar.
Sekiranya sistem mendapati perlanggaran tidak dapat dielakkan, brek diaktifkan automatik. Perkongsian itu mengundang perhatian ramai dan ada mendakwa perkara sama pernah berlaku pada kereta mereka walaupun berlainan jenama.
JiaWei berkata;
Saya sudah log aduan e-mel kepada Honda dan menunggu balasan mereka.
"Dengan menyiarkan video ini bukan untuk mengkritik pemilik di belakang tetapi membincangkan bagaimana untuk mengelakkan ini supaya membina semula tahap keyakinan terhadap kereta kesayangan saya. Terima kasih semua!," jelas.
BACA >>> Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP
BACA >>> Honda HR-V (2022) Dapat Tempahan Luar Biasa, Masa Menunggu Lebih 12 Bulan!
Leave a Reply