• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Lulus Dua Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang

Kerajaan Lulus Dua Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang

May 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


DALAM usaha mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Pasir Gudang (FT17), Kerajaan meluluskan dua projek menaik taraf membabitkan pelebaran jalan di laluan berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kedua-dua projek itu membabitkan peruntukan RM5.2 juta yang akan dilaksanakan berfasa, iaitu Fasa 2B dan Fasa 3 melibatkan pelebaran laluan empat lorong kepada enam lorong.

Beliau berkata, Fasa 2B membabitkan laluan dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke persimpangan Pasir Gudang yang kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Oktober 2025. Fasa 3 pula bermula dari persimpangan bertingkat Perling hingga susur naik Lebuhraya Utara Selatan dan dijangka bermula Ogos tahun ini.

Menurutnya, dua projek itu membabitkankan kerja melebarkan jalan sepanjang 12.5km, termasuk membaik pulih dan menaik taraf struktur jejambat, jambatan dan jejantas sedia ada, selain kesinambungan daripada projeknaik taraf Fasa 1 (2016) dan Fasa 2A (2018).

Kita harap (apabila projek naik taraf siap sepenuhnya) akan kurang kesesakan kerana lebih banyak kenderaan yang boleh melaluinya," katanya.

Kira-kira 95,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pasir Gudang setiap hari.

Untuk negeri Johor, Kerajaan Persekutuan mengagihkan RM107 juta untuk kerja penyelenggaraan jalan tahun ini dan daripada jumlah itu, lebih RM5 juta dibelanjakan untuk menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang."

Pada 20 Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Kerajaan Negeri sudah memohon peruntukan tambahan RM168 juta menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membaiki kerosakan jalan dan infrastruktur awam akibat banjir.

BACA >>> KKR Arah Semua Lebuh Raya Henti Kerja Penyelenggaraan Serta Merta Hingga 7 Mei
BACA >>> MB Johor Minta Buka Kaunter Penuh CIQ Hadapi Aidilfitri, Belum Cekap 100 Peratus

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, baiki jalan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya (KKR), kesesakan jalan, kkr, Lebuhraya Pasir Gudang, MB Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev