• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Facelift (2017) Terlajak Laku - Terima Tempahan 2,000 Unit dalam 10 Hari!

Honda City Facelift (2017) Terlajak Laku - Terima Tempahan 2,000 Unit dalam 10 Hari!

March 15, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia nampaknya berada atas landasan betul bagi mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan tahun ini susulan sambutan hangat keluaran model baharu mereka, baru-baru ini. Selepas BR-V, kini City versi dipertingkat (facelift) pula mencatatkan tempahan melebihi jangkaan, iaitu sebanyak 2,000 unit dalam masa 10 hari! Honda mendakwa, secara normal, jumlah tersebut hanya dapat dicapai dalam tempoh sebulan.

Faktor utama tarikan Honda City facelift (2017) ialah penampilan ciri-ciri baharu yang biasanya terdapat pada kereta lebih mahal dan premium seperti segmen-C. Walaupun nilai mata wang negara mengalami penyusutan sejak kebelakangan ini, tetapi Honda Malaysia mampu mengekalkan harga varian E dan V. Malah, harga varian S turun RM1,000 berbanding varian S+ sebelum ini.

BACA >>> Honda City Facelift 2017 Tampil Ciri VSA, HSA dan Punat Tekan-Mula Sebagai Standard

CIRI STANDARD DIPERTINGKAT


Faktor kedua ialah tambahan ciri standard berbanding model terdahlu. Misalnya, semua varian Honda City facelift (2017)dilengkapi sistem masukan pintar (keyless entry) dengan punat tekan mula (push-start), lampu siang (DRL) LED, cermin sisi boleh lipat automatik dan rim aloi 2-tona.

Selain itu, semua varian turut dilengkapi sistem keselamatan asas seperti Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula-Daki (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS). City facelift S pula dibekalkan 2 beg udara dan E (4 beg udara), manakala V (6 beg udara).

Sementara itu, Honda City facelift (2017) V sebagai varian paling premium ditampilkan istimewa dengan ciri tambahan seperti lampu depan LED berserta DRL LED, lampu kabus depan LED, lampu belakang LED dan spoiler dengan set lampu brek LED. Ciri lain ialah kerusi kulit, 8 unit pembesar suara, pedal anjakan (paddle shift) dan kawalan jelajah serta kamera undur pelbagai sudut.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

FAKTA RINGKAS HONDA CITY FACELIFT (2017)

  • Sasaran Honda - 2,000 unit sebulan
  • Varian V paling banyak tempahan - 44 peratus
  • Varian E kedua popular - 38 peratus
  • Varian S cecah 18 peratus tempahan - Meningkat 5 peratus
  • Warna paling popular - Lunar Silver Metallic (perak)

Harga Honda City facelift (2017) E dan V adalah sama seperti model terdahulu, RM84,600 dan RM92,000. Varian S, RM78,300, penurunan sebanyak RM1,000 berbanding varian S+ sebelum ini.

honda city facelift 2017
Honda City Facelift 2017
honda city facelift 2017
Honda City Facelift 2017

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda City, Honda City facelift (2017), Honda Malaysia, Roda4, tempahan Honda City

Comments

  1. Li Ning says

    March 15, 2017 at 3:06 PM

    Penantian aku terhadap Proton Preve facelft akhirnya berakhir. Tak jadi beli Preve. Lambatnya nak keluar facelift. Masih dengan spec 2012 yang ketinggalan. Proton! Honda City 2014 dah keluar Facelift der.. Proton Preve 2012 ntah bila wei!
    Penat menunggu, akhirnya Honda City ni jadi pilihan. Takpa la tak dapat segmen C Preve, dapat Honda City segmen B tapi spec seperti segmen C ni dah ok.. takde turbo pun takpelah.. nanti hos turbo bocor lagi..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev