• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MForce Tampil Meriah di Malaysia Autoshow 2023 dengan Lapan Model Baharu!

MForce Tampil Meriah di Malaysia Autoshow 2023 dengan Lapan Model Baharu!

May 5, 2023 By Shawkath Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK pengeluar automotif menyertai Malaysia Autoshow 2023 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) minggu ini dengan mempamerkan pelbagai model sedia ada termasuk melancarkan produk baharu ke pasaran tempatan.

Salah satu peserta pameran yang dilihat benar-benar memberi sokongan kukuh terhadap acara itu ialah MForce Bike Holdings (MForce) dengan membuka ruang reruai untuk tiga jenama berbeza, iaitu CFMoto, Wmoto dan YADEA yang dipenuhi pelbagai model menarik.

Penampilan 8 Model Baharu

CFMoto Papio 125 XO
CFMoto Papio 125 XO
WMoto Gemma 125
WMoto Gemma 125

Malah, MForce mengambil inisiatif memastikan setiap reruai jenama itu mempamerkan model baharu yang bakal memasuki pasaran. Berikut kejutan yang disediakan di setiap ruang pameran itu:

  • CFMoto: Debut dan previu motosikal retro mini CFMoto Papio 125 XO (2023)
  • WMoto: Pelancaran skuter moden WMoto Gemma 125 (2023)
  • YADEA: Pameran skuter elektrik penuh C1S, G5S, E8S, Voltguard, Keeness dan e-skuter YADEA ElitePrime

YADEA ialah jenama motosikal elektrik terbaharu di bawah MForce Bike sebaik saja termeterai perjanjian kedua-dua pihak esok. Ini menjadikan YADEA sebagai jenama kesembilan di bawah MForce selepas Benelli, SYM, Keeway, SMSport, WMoto, Brixton, Moto Morini dan QJMotor.

mforce bike malaysia autoshow - 1
mforce malaysia autoshow - 1
C1S Pro - 7
Yadea G5S - 0

Pameran Pelbagai Model

Selain dua unit Papio 125 XO di bawah selubung hitam, reruai CFMoto juga sarat dengan pelbagai model menarik lain seperti sportbike CFMoto 450SR (2023) dan CL-X Adventure (2023) yang membuat debut rasmi di Istanbul, Turkiye, bulan lalu.

Selain dua model baharu itu, CFMoto Malaysia turut mempamerkan model seperti 400NK, 650GT, 650 MT, 250 NK, 250SR dan 700CL-X Heritage untuk dilihat pengunjung secara lebih dekat. Sebelum terlupa, anda juga boleh menunggang uji model CFMoto yang disediakan di belakang Dewan D.

mforce malaysia autoshow - 2
mforce malaysia autoshow - 0

Pengunjung di ruang pameran WMoto pula berpeluang melihat keunikan model Bobbie VII Sidecar yang membuat kemunculan sempena pelancaran varian Bobbie VII di Kajang, Selangor, Mac lalu.

WMoto Bobbie VII (2023) Tiga Roda Sidecar - 68
WMoto Bobbie VII (2023) Tiga Roda Sidecar - 67

Berdasarkan sumber, MForce Bike memiliki beberapa perancangan untuk memperkenalkan beberapa model baharu menjelang suku ketiga tahun ini. Apapun, jangan lupa mengunjungi reruai CFMoto, WMoto dan YADEA esok untuk melihat barisan motosikal, skuter dan skuter elektrik di MAEPS!

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, CFMOTO Malaysia, Malaysia Autoshow 2023, mforce bike holding, roda2, WMoto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev