• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!

GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!

June 1, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PASARAN China memang banyak menawarkan kenderaan elektrik (EV) sama ada dari pengeluar ternama atau domestik. Tidak hanya bersaing dalam negara, pengeluar negara komunis itu juga berani melangkah ke pasaran antarabangsa berbekalkan pakej menarik.

Contohnya BYD dan GWM Ora yang bertapak di banyak negara, termasuk pasaran Malaysia.

Ora Good Cat Pistachio Green (2023) - 5
Ora Good Cat Pistachio Green (2023) - 11

Dalam usaha untuk bersaing dan menonjol, pengeluar China mempertaruhkan teknologi, rekabentuk dan harga kompetetif. Misalnya, produk keluaran GWM Ora tampil dengan rekabentuk klasik dan nama unik.

GWM Ora Good Cat (foto atas) menggunakan dua kekuatan tersebut, iaitu rekabentuk yang mengingatkan era lalu, haiwan disukai manusia dan ditambah pula harga berpatutan, cuma RM139,800.

GWM ORA UK 2023.01
GWM ORA UK 2023.02

Satu lagi meningkatkan persepsi GWM Ora adalah apabila model Funky Cat (nama lain untuk Good Cat) dijual di Eropah.  Model ini bukan calang-calang kerana mendapat sentuhan mantan pereka Porsche, Emanuel Derta.

Selepas kucing funky, GWM Ora bakal menawarkan satu lagi model, iaitu sedan elektrik premium (foto atas) ke pasaran Britain. Bagaimanapun, nama rasmi belum dikongsi, tetapi di China dikenali sebagai GWM Ora Lightning Cat yang dilancarkan pada 2021.

ora-grand-cat-thailand-1
ora-grand-cat-thailand-2

Sebenarnya model sama diberikan nama GWM Ora Grand Cat (foto atas), dan sudahpun dipamerkan di Thailand pada Disember 2022. Sedan itu membawa DNA rekabentuk retro-futuristik GWM Ora yang mengingatkan kita kepada model Porsche seperti 911 dan Panamera. Namun, sedan 'Lightning Cat' itu ada daya tarik tersendiri yang mampu membuatkan orang sekeliling tersenyum.

Model prapengeluaran yang ditayangkan di Britain itu akan digunakan untuk ujian setempat sebelum dijual pada suku pertama 2024.

gwm-logo
gwm-ora-logo

Nama, spesifikasi dan harga akan dimaklumkan dalam masa beberapa bulan lagi, dan GWM Ora menjangka model itu berupaya menyaingi jenama EV popular seperti Tesla, Hyundai dan Kia.

GWM mendakwa model itu kelak berkemungkinan besar ditawarkan dalam opsyen trenkuasa pacuan dua roda (2WD) dan pacuan empat roda (4WD) dengan jarak pemanduan lebih 482km mengikut prosedur ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTP).

Varian 4WD menawarkan output kuasa 398hp (400ps) dan tork 680Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.4 saat. Ciri standard terdiri daripada bumbung kaca panoramik, kerusi kulit sintetik dan lampu ambien aneka warna.

Di China, GWM Ora Lightning Cat dijual pada harga bermula 189,800 yuan (RM122,480) hingga 269,800 yuan (RM174,120).

BACA >>> Kereta Elektrik smart #1 Bakal Lancar Lebih Awal, Suku Ketiga 2023!
BACA >>> Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!

GWM ORA UK 2023.01
GWM ORA UK 2023.02
GWM ORA UK 2023.03
GWM ORA UK 2023.04
GWM ORA UK 2023.05
GWM ORA UK 2023.06
GWM ORA UK 2023.07
GWM ORA UK 2023.08
GWM ORA UK 2023.09

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Emanuel Derta, EV, GWM, GWM ORA, GWM Ora Lightning Car, Kenderaan Elektrik (EV), Ora, Ora Lightning Cat, Roda4, WLTP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev