• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorenzo Pilih Lamborghini Urus S

Lorenzo Pilih Lamborghini Urus S

May 9, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KENAPA kenderaan utiliti sukan (SUV) sangat popular hari ini? Jawapannya mungkin ada pada juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo yang baru saja memiliki Lamborghini Urus S.

Lorenzo mengambil Lamborghini Urus S dari kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali yang juga sebahagian program pengalaman pelanggan Lamborghini La Prima.

Pelumba Sepanyol itu menang dua kali juara dunia 250cc sebelum naik ke kelas MotoGP pada 2008. Beliau bersaing selama 12 musim dalam kelas premier itu dengan memenangi tiga kali kejuaraan dunia pada 2010, 2012 dan 2015 sebelum disenaraikan dalam MotoGP Hall of Fame yang melayakkan beliau digelar legenda.

Melalui program Lamborghini La Prima, pemilik Lamborghini dibenarkan mengambil kenderaan dari kilang dengan lawatan disusun mengikut kehendak sendiri.

Lorenzo memilih Lamborghini Urus S dalam warna Nero Helene (hitam), manakala kemasan dalaman Nero Ade (kelabu) dengan sulaman Giallo Taurus (kuning) pada stereng dan tali keledar.

Lamborghini Urus S ialah model naik taraf baharu yang diperkenalkan pada 2022 selepas Lamborghini Urus dilancarkan pada 2018.

SUV hiper itu dijana enjin 4.0L turbo kembar V8 dengan transmisi automatik 8-kelajuan berkuasa  666hp @ 6,000rpm dan tork 850Nm @ 2,300-4,500rpm. Pecutan 0-100kmj hanya memerlukan 3.5 saat, manakala pecutan 0-200kmj sepantas 12.5 saat dengan kelajuan maksimum 305kmj.

Lamborghini turut menala semula sistem ekzos untuk menghasilkan bunyi lebih tajam. Ada pelbagai mod pandu boleh dipilih seperti STRADA, SPORT, CORSA, dan EGO, termasuk mod off-road seperti TERRA, NEVE dan SABBIA.

BACA >>> Lamborghini Urus S (2023), Versi Performante yang Sama Enjin, Tapi Lebih Ringan, Murah
BACA >>> Lamborghini Kongsi Foto Supercar Versi Lenjan Off-Road, Huracán Sterrato!
BACA >>> Inilah Objek Seni Aniversari Lamborghini ke-60: Huracán STO Time Chaser_111100, Time Gazer
BACA >>> #RetroAuto: Lamborghini Espada 400 GT Pernah Jadi Kereta 4-Kerusi Terpantas Dunia!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jorge Lorenzo, Lamborghini, Lamborghini La Prima, Lamborghini Urus, Lamborghini Urus S, SUV Hiper

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my