SUZUKI Malaysia bakal memperkenalkan streetfighter baharu Suzuki GSX-8S (2023) ke pasaran tempatan dalam masa terdekat, dan hebahan mengenai debut model itu sudah rancak dibuat sejak tiga hari lalu.
Model terbaharu itu diramal diletakkan sebagai pengganti Suzuki GSX-S750 yang diperkenalkan pada Ogos 2021. Model yang bakal diperkenalkan ialah unit import penuh (CBU), tetapi belum ada kepastian negara pengeksport.
Keputusan menggantikan Suzuki GSX-S750 akan dibuat berperingkat walaupun kedua-dua model memiliki konfigurasi trenkuasa berbeza, iaitu S750 menggunakan enjin 4-silinder sebaris, manakala Suzuki 8S (2023) memperoleh kuasa daripada enjin dwi-silinder.
Suzuki GSX-S750 menggunakan trenkuasa 4-lejang 4-silinder 749cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api Suzuki (SFI) dan SDTV berkuasa 113hp dan tork 81Nm.
Suzuki 8S (2023) pula dipasang enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 776cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 81.7hp @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm.
BACA >>> Filipina Sambutan Ketibaan Streetfighter CFMoto 800NK, Harga Mula RM38.9k
BACA >>> Perincian CFMoto 800NK Bocor, Nekad Cabar Honda CB750 Hornet, Suzuki GSX-8S
BACA >>> Honda CB750 Hornet (2023) Lancar, Sedia Cabar Yamaha MT-07, Harga RM36k
Mex says
I have the GSX750S and I am VERY happy with it. I already know the GSX8S will be a boring bike. Less hp and torque then the inline 4 cylinder. What a FAIL. Ugly as well. What is wrong with SUZUKI and their engineering department?