• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Teaser: Video Acah Streetfighter Suzuki GSX-8S (2023) Ditayangkan, di Malaysia Mei Ini?

#Teaser: Video Acah Streetfighter Suzuki GSX-8S (2023) Ditayangkan, di Malaysia Mei Ini?

April 17, 2023 By Shawkath 1 Comment

FacebookTwitter


SUZUKI Malaysia bakal memperkenalkan streetfighter baharu Suzuki GSX-8S (2023) ke pasaran tempatan dalam masa terdekat, dan hebahan mengenai debut model itu sudah rancak dibuat sejak tiga hari lalu.

Model terbaharu itu diramal diletakkan sebagai pengganti Suzuki GSX-S750 yang diperkenalkan pada Ogos 2021. Model yang bakal diperkenalkan ialah unit import penuh (CBU), tetapi belum ada kepastian negara pengeksport.

Keputusan menggantikan Suzuki GSX-S750 akan dibuat berperingkat walaupun kedua-dua model memiliki konfigurasi trenkuasa berbeza, iaitu S750 menggunakan enjin 4-silinder sebaris, manakala Suzuki 8S (2023) memperoleh kuasa daripada enjin dwi-silinder.

Suzuki GSX-S750 menggunakan trenkuasa 4-lejang 4-silinder 749cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api Suzuki (SFI) dan SDTV berkuasa 113hp dan tork 81Nm.

Suzuki 8S (2023) pula dipasang enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 776cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 81.7hp @ 8,500rpm dan tork 78Nm @ 6,800rpm.

BACA >>> Filipina Sambutan Ketibaan Streetfighter CFMoto 800NK, Harga Mula RM38.9k
BACA >>> Perincian CFMoto 800NK Bocor, Nekad Cabar Honda CB750 Hornet, Suzuki GSX-8S
BACA >>> Honda CB750 Hornet (2023) Lancar, Sedia Cabar Yamaha MT-07, Harga RM36k

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, motosikal, Pengganti Suzuki GSX-S750, roda2, streetfighter, streetfighter 800cc, Suzuki GSX-8S (2023), teaser, Video Acah

Comments

  1. Mex says

    July 7, 2023 at 9:51 AM

    I have the GSX750S and I am VERY happy with it. I already know the GSX8S will be a boring bike. Less hp and torque then the inline 4 cylinder. What a FAIL. Ugly as well. What is wrong with SUZUKI and their engineering department?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev