• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia EV6 Brick To The Future Ini Guna 350k Bongkah LEGO, Lebih 800 Jam untuk Siap!

Kia EV6 Brick To The Future Ini Guna 350k Bongkah LEGO, Lebih 800 Jam untuk Siap!

May 5, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETA yang dibuat daripada bongkah LEGO memang menarik dan bukan setakat di luar, sebelum ini pun ada projek melibatkan Perodua Myvi.

Terbaharu Kia EV6 dijadikan projek baharu LEGO yang dan diberikan nama Brick To The Future.

Projek itu dipamerkan di Milan, Itali, dihasilkan Kia semoena meraikan kuasa inspirasi dan imaginasi menggunakan bongkah LEGO®.

Kia EV6 Brick To The Future ialah simbol perjalanan baharu Kia ke arah mobiliti lestari dan dibangunkan secara bertahap atau brick-by-brick.

Projek skala 1:1 tersebut menggunakan 350,000 bongkah LEGO yang mana Kia Itali melantik syarikat dari Reggio Emilia BrickVision dengan mengambil masa lebih 800 jam disiapkan.

BrickVision diasaskan Riccardo Zangelmi (foto atas), iaitu individu pertama yang juga satu-satunya profesional bertauliah LEGO Certified Professional di Itali.

Bagi projek itu, Zangelmi dan kru mengambil masa empat bulan, siap dengan sistem lampu berfungsi yang menjadi karakter utama Kia EV6.

Dilancarkan di peringkat antarabangsa pada Mac 2021 dan pasaran tempatan pada Jun 2022, Kia V6 ialah model pertama daripada 15 model elektrik Kia yang akan dilancarkan menjelang 2027.

Kia EV6 dibangunkan berasaskan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP), yang juga digunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) tiga baris EV9 yang baru saja diperkenalkan.

Bagi pasaran tempatan, hanya varian Kia EV6 GT-Line Long Range AWD ditawarkan dengan dikuasakan bateri 77.4kWj dan boleh dipandu hingga 506km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

Pakej elektrik Kia EV6 menghasilkan output 239kW (321hp) dan tork 605Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat dan kelajuan maksimum 183kmj. Model diimport dari Korea Selatan itu dijual pada harga RM300,688.

BACA >>> Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kia, KIA EV6, Kia EV6 Brick To The Future, LEGO, Riccardo Zangelmi, Roda4, WLTP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my