• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter Elektrik Honda Bakal Lancar di Indonesia, Harga Dijangka Mampu Milik

Skuter Elektrik Honda Bakal Lancar di Indonesia, Harga Dijangka Mampu Milik

April 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ASTRA Honda Motor (AHM) bakal melancarkan motosikal elektrik versi pemasangan tempatan (CKD) di Indonesia menjelang penggal kedua 2023.

Bagaimanapun, wakil pengeluar itu masih mengunci mulut mengenai model yang bakal diperkenalkan, termasuk perincian.

ahm honda skuter elektrik 2023 - 3
ahm honda skuter elektrik 2023 - 1

Menurut laporan, AHM masih melakukan kajian untuk menyediakan model elektrik yang dapat memenuhi keperluan pengguna Indonesia.

Naib Presiden Pengarah Eksekutif AHM, Thomas Wijaya berkata, pemerimaan motosikal dan skuter elektrik secara am memerlukan masa. Ini kerana mod pengangkutan itu masih berdepan beberapa cabaran mengenai aspek infrastruktur dan spesifikasi sesebuah motosikal elektrik.:

Ini berkaitan prestasi jarak tunggangan dan kelajuan (motosikal elektrik). Kondisi semasa motosikal elektrik adalah kebanyakan memiliki had jarak perbatuan (tunggangan) dan (batasan) infrastruktur."

Thomas menegaskan cabaran besar bukan hanya aspek spesifikasi motosikal elektrik, tetapi penerimaan orang awam terhadap mobiliti EV. Ini kerana penduduk Indonesia ada keperluan berbeza dan AHM akan cuba memenuhi semua keperluan tersebut.

Selepas itu, pelanggan perlu terima dan sesuaikan diri. Ada kalangan yang menunggang jarak dekat, tetapi bagaimanakah pula mereka yang suka mengembara jarak jauh?"

Beliau juga tidak memberi sebarang petunjuk mengenai harga yang bakal ditetapkan untuk motosikal elektrik Honda. Namun, sesebuah produk itu perlu berharga mampu milik jika mahu diterima pengguna.

Kami masih mengkaji dan melihat secara menyeluruh. Bukan setakat faktor harga, tetapi semua perkara seperti keselamatan, infrastruktur dan lain-lain."

ahm honda skuter elektrik 2023 - 2
ahm honda skuter elektrik 2023 - 0

AHM pernah menawarkan skuter emisi rendah, iaitu Honda PCX e: HEV Hybrid, tetapi ditamatkan pengeluaran.

Untuk hibrid, nampaknya masih memerlukan masa dan usaha kerana ada batasan ruang. Ini kerana ruang yang ada cukup sukar," kata Thomas.

Menurutnya, teknologi hibrid penuh masih tidak dapat diaplikasi pada motosikal kerana saiz kompak. Sebenarnya, model skuter atau motosikal hibrid lain di Indonesia menggunakan unit motor sebagai bantuan memulakan pergerakan.

Hibrid yang hadir sementara dalam kebanyakan jenama berfungsi sebagai pecutan awal, jadi ia gerak lebih pantas. Tetapi ia tidak boleh jadi macam kereta (hibrid) yang menyimpan tenaga dan mengecas (bateri) sendiri, belum lagi."

BACA >>> MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!
BACA >>> Motosikal Elektrik Neo-Retro Leonart Rigger Dilancarkan, Harga RM26.3k!
BACA >>> Yamaha YZF-R25 Elektrik Boleh Imbang Sendiri Hampiri Pengeluaran

SUMBER: Kompas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Astra Honda Motor (AHM), Auto Terkini, Honda Indonesia, Mobiliti Elektrik, motosikal elektrik, roda2, skuter elektrik, Thomas Wijaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev