• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X90 Sudah Boleh Tengok Secara Langsung, Tempahan Turut Dibuka!

Proton X90 Sudah Boleh Tengok Secara Langsung, Tempahan Turut Dibuka!

April 11, 2023 By Shawkath Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mengumumkan membuka tempahan Proton X90 sejak 8 April lalu dan pelanggan yang berhajat memiliki model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu boleh membuat tempahan melalui semua cawangan Proton 3S dan 4S.

Proton turut mengadakan sesi pratonton eksklusif menjelang tarikh pelancaran rasmi bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai SUV segmen-D itu dan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat model tersebut.

Selain hebahan itu, Proton turut berkongsi beberapa maklumat mengenai Proton X90:

TARIKH, DAN LOKASI PAMERAN

  • 8 dan 9 April:  Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  • 15 dan 16 April: Johor dan Pahang
  • 29 dan 30 April: Sabah dan Sarawak

NAK TONTON PUN KENA ADA JEMPUTAN

Sesi pratonton sudah dibuat di enam bandar sejak 8 April lalu dan anda cuma boleh melihat SUV itu secara dekat melalui JEMPUTAN.

Caranya, perlu menghubungi unit jualan di cawangan Proton 3S dan 4S. Jika datang terus secara walk-in, ada sesi flea market bermula jam 1-2 petang.

4 VARIAN, 1 TRENKUASA

Ada empat varian akan diperkenal berdasarkan konfigurasi tempat duduk dengan enjin 1.5L TGDi BSG.

  • Standard, Executive dan Premium: 7-kerusi (2-3-2)
  • Flagship: 6-kerusi (2-2-2)

SPESIFIKASI

Standard
  • Enjin 1.5 TGDi dengan sistem hibrid ringan (MHEV)
  • Transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • Lampu LED penuh
  • Rim aloi 18 inci
  • Kerusi fabrik
  • Unit infotainmen 12.3 inci
  • Kamera undur
  • Pilihan warna: Snow White (putih), Armor Silver (perak) dan Jet Grey (kelabu)
Executive (naik taraf daripada Standard)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar
  • Pintu but kuasa
  • Tempat duduk kulit tiruan
  • Kerusi pemandu jenis elektrik
  • Tempat duduk depan dengan fungsi ventilator
  • Kamera 360º dengan paparan 3D
  • Pilihan warna tambahan: Cinnamon Brown (coklat) dan Red Ruby (merah)
Premium (naik taraf daripada Executive)
  • Ada Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
  • Rim aloi 19 inci
  • Kerusi kulit Nappa
  • Kerusi penumpang depan jenis elektrik
  • Pengecas wayarles
  • Bantuan Pakir Automatik (APA)
  • Pilihan warna tambahan: Marine Blue (biru)
Flagship (naik taraf daripada Premium)
  • Bumbung suria panoramik
  • Kerusi penumpang depan dengan suis 'bos'
  • Kerusi kapten di tempat duduk baris kedua

3 CIRI KESELAMATAN BAHARU

  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI)

BACA >>> Proton Catat Jualan 14,573 Unit Kenderaan Sepanjang Mac 2023
BACA >>> Proton Masih Pengeluar Kereta Nasional, Penuhi Kriteria Dasar Automotif Negara 2020
BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan
BACA >>> Mungkin Terpesona, Waja Terlanggar 'Proton X90' Sedang Dipandu Uji
BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Harga Proton X90, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton Siri X, Proton X90, Roda4, SUV segmen-D, Tempah X90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my