• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!

Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023) Menang Anugerah Inovasi TopGear.com!

May 8, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS lama direhatkan, enjin rotari Mazda kembali digunakan secara massa untuk Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV. Kali ini bukan sebagai enjin penuh, tetapi generator yang membekalkan kuasa kepada motor elektrik.

Mazda sudah membuat beberapa perubahan dan mula dipandang industri apabila memenangi Anugerah Inovasi dalam Anugerah TopGear.com 2023.

Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV ialah model hibrid plug-in (PHEV) dan tambahan kepada model elektrik penuh Mazda MX-30 e-SkyActiv yang sudah berada di pasaran, termasuk negara kita.

Satu kelebihan utama teknologi ini ialah pemandu tidak perlu risaukan jarak (range anxiety) kerana Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV boleh diisi petrol seperti biasa dan kereta digerakkan trenkuasa elektrik.

Mazda pula bukan baru dalam bidang enjin rotari, bermula Cosmo pada 1967 hingga kali terakhir digunakan pada RX-8 (2012), sebanyak dua juta unit enjin rotari dihasilkan.

Enjin rotari terbaharu ini diubah menjadi generator berbanding unit pacuan roda. Enjin 8C bersesaran 830cc dengan bilah tunggal itu memiliki radius 120mm dan lebar 76mm. Saiz kompak itu disepadukan bersama motor elektrik, penyahpecut dan generator kepada satu unit yang menyumbang kepada ukuran lebar kurang 840mm.

Ciri itu membolehkan ia dipasang dalam ruang enjin tanpa pengubahsuaian pada kerangka badan. Satu lagi ciri utama adalah penggunaan aluminium yang menyaksikan pengurangan berat ketara, iaitu lebih 15kg ringan daripada enjin Renesis dengan bilah kembar digunakan RX-8.

Walaupun kecil, enjin itu menggunakan sistem suntikan terus (DI) yang mengurangkan emisi dan meningkatkan penjimatan bahan api. Turut digunakan sistem Sirkulasi Semula Gas Ekzos (EGR) bagi meningkatkan kecekapan pada rev rendah dan ketika membawa muatan.

Mazda memiliki kapasiti tangki petrol 50 liter yang memadai untuk perjalanan jarak jauh tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak.

Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV hanya menggunakan bateri 17.8kWj yang mengambil kira impak alam sekitar sepanjang kitaran hidup kenderaan.

Bateri itu cukup dipandu sejauh 85km dengan menggunakan mod elektrik atau tanpa petrol. Dalam mod biasa, kombinasi bateri dan suapan daripada tangki petrol membolehkan kereta ini dipandu lebih 643km.

Ada tiga mod pemanduan iaitu Normal, EV dan Charge. Dari segi kuasa, motor elektrik mempunyai output 122kW (164hp) dan tork setinggi 260Nm. Bagi mengecas, sambungan AC tiga fasa memerlukan sekitar 50 minit, manakala pengecas pantas DC sekitar 25 minit.

Mazda e-Skyactiv R-EV sudah boleh dipesan di Britain dan ditawarkan dalam varian Prime-Lime, Exclusive-Line dan Makoto. Varian tertinggi, Mazda e-Skyactiv R-EV Edition R (foto atas kanan) pula hanya ditawarkan 400 unit sahaja.

BACA >>> Kit Supercas BBR Mazda MX-5 Ini Mampu Ledakkan Kuasa Hingga 250hp, Harga RM25k!
BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!
BACA >>> Enjin Rotari Kembali Lagi untuk Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV Berkuasa 168hp, Tork 260Nm

Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV
Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV Edition R:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Anugerah TopGear.com, mazda, Mazda MX-30, Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV, Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV (2023), Roda4, Top Gear

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my