• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian Teori Lesen Vokasional PSV, GDL Mansuh Serta-Merta

Ujian Teori Lesen Vokasional PSV, GDL Mansuh Serta-Merta

April 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UJIAN teori Lesen Vokasional, iaitu Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.

Dengan pemansuhan ujian teori itu, pengambilan Lesen Vokasional (PSV dan GDL) hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sedia ada saja sebelum lesen PSV dikeluarkan.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, calon kategori Lesen PSV (untuk bas) dan GDL (untuk lori bersendi) masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali/praktikal sebelum lulus Lesen Vokasional.

Beliau berkata;

Pelaksanaan kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional juga dibenarkan secara atas talian sama ada menerusi platform disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Memandu (IM) atau syarikat perniagaan pengantara berkelayakan yang dikawal selia JPJ.

"Tempoh masa kelas teori sedia ada dikekalkan."

Menurutnya, mana-mana pihak IM atau syarikat perniagaan pengantara hendaklah menggunakan modul atau silibus pengajaran kelas teori Lesen Vokasional atas talian ditetapkan JPJ sepenuhnya.

JPJ akan menetapkan syarat dan peraturan mengenai kelayakan penyediaan platform atas talian dan mengawal selia kelas teori bagi memastikan kesahihan dan integriti calon.

Data dan maklumat kehadiran calon akan disepadukan dengan sistem MySIKAP bagi membolehkan Lesen Vokasional dikeluarkan terus kepada calon tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal ke kaunter JPJ.

Silibus kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional, terutama melibatkan perkhidmatan e-hailing dan teksi akan disemak semula dan ditambah baik JPJ atau MIROS dengan mendapatkan input daripada pihak industri supaya relevan dengan keperluan semasa dan masa depan.

Penambahbaikan silibus akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan akan datang.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Lesen Vokasional (GDL/PSV), Bagaimanakah Cara Mohon?
BACA >>> Menteri: Lesen Vokasional Khas untuk P-Hailing Bukan Macam GDL, Tak Perlu Puspakom

SUMBER: KementerianPengangkutan

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen GDL, Lesen PSV, Lesen Vokasional, Menteri Pengangkutan Malaysia, MoT, MySIKAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev