• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Type R, Civic e:HEV Raih Rekabentuk Kereta Terbaik Anugerah Red Dot 2023

Honda Civic Type R, Civic e:HEV Raih Rekabentuk Kereta Terbaik Anugerah Red Dot 2023

April 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic Type R dan Honda Civic e:HEV diiktiraf sebagai kereta dengan rekabentuk terbaik selepas memenangi Anugerah Rekabentuk Red Dot 2023 bagi kategori Rekabentuk Kereta Terbaik.

Anugerah Red Dot sudah wujud sejak 1955 dan menjadi antara anugerah tahunan paling berprestij dunia dalam aspek rekabentuk dan inovasi.

Acara itu menumpukan kepada syarikat atau pengeluar yang menghasilkan rekabentuk dan inovasi produk terbaik dalam 51 kategori berbeza.

Penilaian berjalan ketat berdasarkan tahap inovasi, fungsional, ketahanan, ergonomik, dan lain-lain yang menjadikan Anugerah Red Dot sebagai antara pencapaian luar biasa dalam industri rekabentuk dan inovasi.

Generasi baharu Honda Civic Type R ialah model Civic terpantas pernah dihasilkan Honda dan kali pertama dilancarkan di Jepun pada September 2022.

Rekabentuk Honda Civic Type R dibangunkan berasaskan konsep Ultimate SPORT 2.0 untuk prestasi jentera lumba dan pengalaman pemanduan menyeronokkan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) di Pusat Rekabentuk Honda R&D, Toshinobu Minami berkata, pihaknya berbesar hati memenangi Anugerah Rekabentuk Red Dot 2023 bagi rekabentuk produk kereta dan motosikal.

Honda memenangi anugerah bertaraf dunia ini kerana Honda sentiasa berasaskan rekabentuk dengan pendekatan kepada pengguna. Semoga dengan pencapaian ini, kami akan terus merekabentuk produk yang sesuai dengan kehendak orang ramai," katanya.

Selain kereta, motosikal Honda turut menerima anugerah sama yang diberikan kepada Honda XL750 Transalp dan Honda CB750 Hornet.

BACA >>> Isu Kerusi Berbunyi: Honda AS Panggil Balik Civic Type R Sebab Boleh Tercabut
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k

SUMBER: Kompas

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah Red Dot, Anugerah Red Dot 2023, Auto Terkini, Best Design, Honda CB750 Hornet, Honda Civic e:HEV, Honda Civic Type R, Honda XL750 Transalp, Red Dot Award, Reka Bentuk Terbaik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my