Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Civic Type R, Civic e:HEV Raih Rekabentuk Kereta Terbaik Anugerah Red Dot 2023
Auto Terkini

Honda Civic Type R, Civic e:HEV Raih Rekabentuk Kereta Terbaik Anugerah Red Dot 2023

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize05/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Civic Type R dan Honda Civic e:HEV diiktiraf sebagai kereta dengan rekabentuk terbaik selepas memenangi Anugerah Rekabentuk Red Dot 2023 bagi kategori Rekabentuk Kereta Terbaik.

Anugerah Red Dot sudah wujud sejak 1955 dan menjadi antara anugerah tahunan paling berprestij dunia dalam aspek rekabentuk dan inovasi.

Acara itu menumpukan kepada syarikat atau pengeluar yang menghasilkan rekabentuk dan inovasi produk terbaik dalam 51 kategori berbeza.

Penilaian berjalan ketat berdasarkan tahap inovasi, fungsional, ketahanan, ergonomik, dan lain-lain yang menjadikan Anugerah Red Dot sebagai antara pencapaian luar biasa dalam industri rekabentuk dan inovasi.

Generasi baharu Honda Civic Type R ialah model Civic terpantas pernah dihasilkan Honda dan kali pertama dilancarkan di Jepun pada September 2022.

Rekabentuk Honda Civic Type R dibangunkan berasaskan konsep Ultimate SPORT 2.0 untuk prestasi jentera lumba dan pengalaman pemanduan menyeronokkan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO) di Pusat Rekabentuk Honda R&D, Toshinobu Minami berkata, pihaknya berbesar hati memenangi Anugerah Rekabentuk Red Dot 2023 bagi rekabentuk produk kereta dan motosikal.

Honda memenangi anugerah bertaraf dunia ini kerana Honda sentiasa berasaskan rekabentuk dengan pendekatan kepada pengguna. Semoga dengan pencapaian ini, kami akan terus merekabentuk produk yang sesuai dengan kehendak orang ramai,” katanya.

Selain kereta, motosikal Honda turut menerima anugerah sama yang diberikan kepada Honda XL750 Transalp dan Honda CB750 Hornet.

BACA >>> Isu Kerusi Berbunyi: Honda AS Panggil Balik Civic Type R Sebab Boleh Tercabut
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k

SUMBER: Kompas

Anugerah Red Dot Anugerah Red Dot 2023 Auto Terkini Best Design Honda CB750 Hornet Honda Civic e:HEV Honda Civic Type R Honda XL750 Transalp Red Dot Award Reka Bentuk Terbaik
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.