• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 300CL-X Heritage (2023) Tiba di Eropah, Harga RM20k!

CFMoto 300CL-X Heritage (2023) Tiba di Eropah, Harga RM20k!

April 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CFMOTO melengkapkan tawaran motosikal neo-retro di Eropah dengan ketibaan model baharu CFMoto 300CL-X Heritage (2023) pada harga €4,190 (RM20,110).

CFMoto 300CL-X Heritage (2023) ialah model paling asas dalam siri CL-X yang hadir dalam satu pilihan warna sahaja, iaitu Nebula Black (hitam). Berikut perincian model itu:

Motosikal ini berkongsi beberapa persamaan rekabentuk dengan model abang 700CL-X Heritage.

Teknologi LED untuk lampu depan bercorak 'X', termasuk lampu belakang.

CFMoto 300CL-X Heritage (2023) juga model paling kecil dalam famili CL-X di Eropah dan kini sudah berada di bilik pameran. Model ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 292cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 27.91hp @  8,750rpm dan tork 25Nm @ 7,000rpm.

Sistem transmisi manual 6-kelajuan dengan klac antilompat dan dua mod tunggang, iaitu Eco dan Sport, manakala kelajuan maksimum 139kmj.

Kapasiti tangki minyak 14.5 liter memberikan penggunaan bahan api 31km per liter mengikut rating Kitaran Ujian Motosikal Sedunia (WMTC). Isian tangki penuh mampu ditunggang sejauh 420km.

Binaan casis daripada keluli dengan swingarm aloi aluminium. Jarak roda 1,365mm dan berat kering 145kg.

Tinggi pelana 835mm, sama seperti 700CL-X. Bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 di depan, dan 150/60 (belakang).

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 37mm dengan jarak travel 123.5mm di depan, dan monoshock boleh laras dengan travel 40mm di belakang. Sistem brek jenis cakera tunggal 292mm di depan, dan cakera tunggal 220mm di belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Panel meter digital LCD dengan latar skrin boleh tukar 5-tetapan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?
BACA >>> #Tunggang Uji: CFMoto 450SR (2023) Motor Pakej Terbaik Tapi Dihantui Stereotaip Negatif
BACA >>> CFMoto 700CL-X Adventure (2023) Masuk Malaysia April Ini, Harga RM35.8k!

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Cafe racer, CFMoto 300CL-X Heritage (2023), neo retro, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my