• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DRB-HICOM, Geely Setuju Bangunkan Hab Kenderaan Masa Depan di Tanjung Malim

DRB-HICOM, Geely Setuju Bangunkan Hab Kenderaan Masa Depan di Tanjung Malim

April 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DRB-HICOM dan Geely menandatangani Perjanjian Utama (HOA) untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat dalam Forum Perniagaan Malaysia-China sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

Perjanjian itu membolehkan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (Automotive High-Tech Valley, AHTV) sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjung Malim, Perak.

BACA >>> CEO Proton, 18 Ekspatriat China Tamat Kursus Belajar BM Tahap 1
BACA >>> Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi

Logo DRB-Hicom
geely-logo-1

Projek itu turut membabitkan rantaian nilai solusi automotif dan mobiliti yang bermula dari pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global berteknologi tinggi, hingga kluster pembuatan dan perkhidmatan sokongan, termasuk ekosistem berkaitan.

Fokus HOA adalah membangunkan bandar raya automotif bersepadu sebagai hab industri kenderaan tenaga baharu (NEV). Keluasan kawasan AHTV dianggarkan sekitar 1,000 ekar dan boleh dipertingkat mengikut keperluan.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Geely Holding Group, Daniel Li Donghui.

Perdana Menteri turut menyaksikan majlis tandatangan itu bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengasas dan Pengerusi Geely Group, Eric Li, dan Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta beberapa individu lain.

AHTV dijangka menarik pelaburan kira-kira RM32 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, termasuk pelaburan daripada Proton. Pada masa sama, AHTV bakal beroleh manfaat apabila Proton memindahkan semua fasiliti pembuatan kenderaan ke Tanjung Malim menjelang 2026.

Buat masa ini, Proton mengeluarkan lima model kereta di AHTV dan dua lagi di Shah Alam, Selangor.

ADA APA LAGI DI AHTV?

  • Universiti penyelidikan untuk memupuk bakat baharu dan membangunkan bidang teknologi baharu untuk industri automotif.
  • Pusat R&D untuk pengeluar menguji kenderaan dalam persekitran tropika.

BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70
BACA >>> Kereta Terbang Ada Kaitan Subsidiari Aeronautik di Bawah Geely? Adakah Proton Terlibat?

Related

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Automotive High-Tech Valley (AHTV), autoterkini, Daniel Li Donghui, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Syed Faisal Albar, DRB-Hicom, Geely, Perjanjian Utama (HOA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev