• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Thailand Tangkap Polis Thailand Kes Curi Hilux dari Malaysia

Polis Thailand Tangkap Polis Thailand Kes Curi Hilux dari Malaysia

April 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Thailand menahan seorang anggota berpangkat sarjan kanan berumur 50 tahun di Bangkok kerana memiliki trak pikap Toyota Hilux yang dilaporkan hilang di Malaysia.

Menurut laporan, suspek dikenali sebagai Aisoon itu adalah anggota daripada unit antirusuhan. Dalam serbuan dilakukan unit polis anticuri kenderaan di satu kondominium dalam daerah Bang Khan. Polis turut menemui dua nombor plat palsu, termasuk plat sementara, telefon bimbit dan peranti penyekat signal telefon (signal jammer).

BACA >>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)
BACA >>> Pemandu Warga Emas Maut Langgar Hilux PLUS Ronda Berhenti Bantu Kereta Pancit

Tangkapan dibuat susulan aduan pemilik kenderaan sewa di Malaysia, dan portal The Thaiger melaporkan trak pikap itu disewa seorang lelaki warga Malaysia di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan melaporkan sistem navigasi kenderaan menunjukkan Hilux itu sudah merentas sempadan ke Thailand pada 27 Mac lalu.

Suspek kini berdepan tuduhan di bawah Seksyen 265 dan 268 Akta Jenayah kerana memalsukan dokumen Kerajaan dan menggunakan dokumen palsu. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara enam bulan hingga lima tahun, dan denda antara 10,000 baht dan 100,000 baht (RM1,290-RM12,870).

Suspek dipercayai terlibat geng penyeludupan kenderaan, dan polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk melumpuhkan sindiket berkenaan.

Sejak Januari lalu, ada beberapa kes kecurian kenderaan berlaku di Malaysia yang dipercayai dibawa masuk ke Thailand. Ada beberapa kes dikaitkan dengan pegawai Polis Thailand.

Pada Januari lalu, seorang lelaki warga Malaysia, Zack menuduh Polis Thailand meminta wang sebagai syarat pertukaran untuk kenderaannya yang dilaporkan hilang di Malaysia.

Zack mendakwa dia menyewa kenderaannya kepada lelaki di Kuala Lumpur sebelum mendapati ia berada di Narathiwat.

Mangsa kemudian ke wilayah Selatan Thailand itu untuk mendapatkan semula kenderaannya, tetapi terpaksa membayar RM3,000 kepada Polis Thailand.

BACA >>> Gagal Curi Kereta Lumba Brabham BT21 Sebab Tak Pandai Kendali Gear Manual
BACA >>> Polis Tangkap Suspek Curi, Lerai Kereta Lama Terbiar di Lot Parkir Taman Medan
BACA >>> Paling Panas 2021! Satu Unit Yamaha 135LC Kena Curi Setiap Hari

SUMBER: TheThaiger | ThaiPBSWorld

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aisoon, Auto Terkini, Curi Kenderaan, Polis Thailand, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my