• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Audi House of Progress Bawa Kereta Konsep grandsphere & Q8 e-tron Untuk Tontonan Umum Hingga 16 April

Audi House of Progress Bawa Kereta Konsep grandsphere & Q8 e-tron Untuk Tontonan Umum Hingga 16 April

March 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

BUAT pertama kalinya, Audi House of Progress berlangsung di ArtScience Museum @ Marina Bay, Singapura dari 31 Mac hingga 16 April  jam 10 pagi hingga 7 petang susulan kejayaannya pada edisi sebelumnya di bandar utama dunia seperti Tokyo, Milan, São Paulo dan Montreal.

Pameran itu menampilkan model-model utama masa kini Audi seperti Audi e-tron GT, Audi RS e-tron GT, Audi Q4 e-tron, Q8 e-tron serta kereta konsep sedan masa depan yang dianggap umpama jet peribadi di atas jalan raya, Audi grandsphere.

Sebagai kereta kedua dalam barisan kenderaan konsep 'sfera' Audi, konsep grandsphere mencabar sempadan reka bentuk automotif dan mempersembahkan ruang dalaman yang luas dan transformatif ibarat ruang istirahat kelas pertama.

Jason Battersby berkata konsep Audi grandsphere menggabungkan perjalanan udara mewah dengan pemanduan autonomi Tahap 4.

ia merealisasikan visi di mana bentuk dan fungsi berintegrasi dengan indah, mempersembahkan ideal tanpa kompromi untuk kenderaan segmen D masa hadapan," tambahnya.

Marc-Andreas Brinkmann, Pengarah Pemasaran Audi AG berkata Audi bersedia untuk salah satu transformasi terbesar dalam sejarah terkini mengenai kenderaan elektrik, pemanduan autonomi dan mobiliti bersama.

Pameran House of Progress ikonik kami, yang dipersembahkan di seluruh dunia dan kini di Singapura, menyampaikan pelan hala tuju unik Audi untuk masa depan mobiliti elektro melalui pengalaman berbilang lapisan dan menarik," tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Audi Singapore, Markus Schuster berkata Audi Q8 e-tron dan Audi Q4 e-tron akan memasuki pasaran Singapura dalam masa terdekat, bagaimanapun kami menerima info dari sumber sahih yang mengatakan Audi Q8 e-tron mungkin akan masuk ke Malaysia lebih awal daripada Singapura.

Bagaimanapun, Audi Malaysia mengesahkan bahawa Audi Q4 e-tron tidak akan tiba ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

BACA >>> Tempahan Audi e-tron (2023) Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM369k-RM769k
BACA >>> Audi TT Final Edition (2023), Unit Istimewa Sempena Tamat Model Ikonik, Harga Mula RM221k

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Audi, Audi grandsphere, Audi Q4 E-Tron, Audi Q8 e-tron, house of progress, singapore, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my