• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Morris JE (2023) - Van Komersial Kuasa Elektrik, Imbas Semula Van Ikonik British!

Morris JE (2023) - Van Komersial Kuasa Elektrik, Imbas Semula Van Ikonik British!

April 26, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUNIA automotif hari ini menyaksikan kembalinya pelbagai model ikonik dalam bentuk moden. Contoh terdekat dapat dilihat pada MINI, Volkswagen ID. Buzz dan pelbagai kereta sport Jepun. Tidak dilupakan motosikal gaya retro.

Terbaharu, Morris Commercial dari Britain menawarkan van Morris JE (2023). Sekali pandang, jelas kelihatan pengaruh van Morris J-Type yang begitu popular dalam kalangan peniaga puluhan tahun dahulu.

Apa menarik tentang Morris JE (2023) ialah badan monokok daripada gentian karbon yang dikitar semula dan casis aluminium.

Satu lagi ciri menarik Morris JE (2023) ialah pemandu tidak perlu mengisi petrol atau diesel kerana van ini menggunakan nadi elektrik yang boleh dipandu sejauh 400km.

Menggunakan pengecas pantas 50kWj, masa diperlukan untuk tambahan tenaga dari 20 peratus hingga 80 peratus hanya memerlukan 30 minit. Pengecas standard 7kW pula hingga sembilan jam.

Lagi kelengkapan moden Morris JE (2023) ialah teknologi bantuan pemanduan, kamera sisi dan belakang dan sistem infotainmen.

Sebagai kenderaan komersial, Morris JE (2023) berada dalam segmen 2.5 tan dengan muatan satu tan dan kapasiti barangan 6.5 meter persegi. Ruang belakang boleh memuatkan dua palet standard Eropah.

Akses untuk memunggah dan menurunkan barang boleh dibuat melalui pintu tepi atau belakang.

Model prototaip Morris JE (2023) kali pertama ditayangkan pada November 2019 dan selepas beberapa tahun  pembangunan dan ujian, ia bakal dikeluarkan pada suku ketiga atau suku keempat 2023.

Kumpulan pertama pelanggan dijangka menerima van ini pada awal 2024. Van buatan Britain ini ditawarkan pada harga bermula £60,000 (RM325,340).

BACA >>> Van Elektrik Volkswagen ID.Buzz Terima Tempahan Luar Jangka! Kembalikan Nostalgia Kombi
BACA >>> Mustang Klasik Bikin Jadi Elektrik, 536hp, 1500Nm, Harga 1.9 Juta!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Morris, Morris Commercial, Morris J-Type, Morris JE, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my