• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Minta Drebar Lori Bawa Peralatan Kecemasan untuk Elak Pengguna Lain Kemalangan

Polis Minta Drebar Lori Bawa Peralatan Kecemasan untuk Elak Pengguna Lain Kemalangan

March 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA jalan raya atau lebuh raya sudah biasa melihat lori membawa muatan rosak yang diletakkan di tepi jalan.

Laporan mengenai kes kemalangan membabitkan pengguna jalan raya yang merempuh belakang kenderaan perdagangan seperti lori rosak juga kerap didengari. Malah sesetengah kemalangan tersebut menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah.

BACA >>> Airbus A320 Langgar Motosikal Semasa Mendarat, Dua Individu Terbunuh
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Enjin Diesel dan Petrol?

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) menggesa pemandu kenderaan perdagangan bersikap PEDULI dan PEKA jika kenderaan dipandu mereka mengalami kerosakan

Mereka perlu segera memasang peralatan keselamatan seperti kon, segi tiga kecemasan, lampu suluh dan jaket keselamatan."

JSPT turut berkongsi Panduan dan Kod Amalan Industri SPAD - Keselamatan untuk Pengendali Berlesen Perkhidmatan Kenderaan Barangan sebagai panduan demi keselamatan bersama.

ALIH KENDERAAN BARANGAN ROSAK, TERSADAI ATAS JALAN

Kenderaan yang rosak ketika dalam perjalanan perlu ditempatkan di tempat selamat untuk mengelakkan insiden perlanggaran.

Jika kenderaan rosak terpaksa diletak di laluan kecemasan, atau di sebelah kiri jalan kerana tiada pilihan lokasi lebih selamat, berikut prosedur keselamatan perlu dilakukan:

  • Nyalakan lampu kecemasan dan matikan enjin. Letak kenderaan di laluan paling kiri seboleh-bolehnya di bahu jalan.
  • Buat panggilan dan mohon bantuan kecemasan.
  • Pakai jaket keselamatan sebelum keluar dari kenderaan.
  • Gunakan lampu suluh.
  • Susun kon keselamatan dengan jarak 10 meter antara kon.
  • Letakkan segi tiga keselamatan pada jarak 50 meter dari belakang kenderaan.
  • Hubungkan ruang antara kon keselamatan dengan tali untai reflektif (reflective string delineators).
  • Berdiri di belakang pengadang jalan dan gunakan lampu suluh sebagai tanda amaran kepada kenderaan yang bergerak di kawasan tersebut.
  • Alih kenderaan ke kawasan selamat yang tidak terhad ke RnR, seperti bengkel atau depoh terdekat dalam tempoh segera (tidak lebih 2 jam).
  • Ketika mengalih kenderaan, dapatkan bantuan pihak berwajib seperti bomba, peronda jalan raya, trak tunda atau agensi bantuan kecemasan sukarelawan lain di lokasi kejadian.

BACA >>> #TahukahAnda: Timing Belt vs Timing Chain, Mana Satu Lebih Baik?
BACA >>> #TahukahAnda: Pengguna Wanita Dianggap Bahaya, Tidak Cekap di Jalan Raya

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isu Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Kod Amalan Industri S.P.A.D., Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
    JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev