• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Nissan Bikin Sistem Amaran Elak Penumpang Tertinggal untuk Kenderaan Lama!

Nissan Bikin Sistem Amaran Elak Penumpang Tertinggal untuk Kenderaan Lama!

May 10, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SESETENGAH kereta hari ini sudah dilengkapi teknologi yang memberi peringatan kepada pemandu supaya memeriksa penumpang belakang sebelum keluar.

Bagaimanakah pula kereta lama? Nissan ada solusi itu di Jepun dengan membangunkan Sistem Sokongan untuk Cegah Kenderaan Ditinggalkan (Support System for Preventing Abandoned Vehicles).

Sistem itu boleh dipasang pada Nissan Caravan dan bas Nissan Civilian. Selepas enjin dimatikan, sistem akan mengingatkan pemandu dan kru supaya memeriksa penumpang menggunakan arahan suara.

Sistem itu juga membolehkan kanak-kanak menekan butang untuk meminta pertolongan jika tertinggal dalam kenderaan. Konsep digunakan mudah dan tidak melibatkan sensor kerana dibangunkan untuk kenderaan lama.

Butang Reset

Berfungsi sebagai pengingat kepada pemandu dan kru untuk memeriksa kenderaan dan memberi amaran jika pengesahan tidak dibuat.

Selepas enjin dimatikan, arahan suara dibunyikan supaya kenderaan diperiksa. Selepas kru mengesahkan tiada kanak-kanak tertinggal, arahan suara itu perlu dimatikan dengan menekan butang reset yang dipasang di belakang kenderaan.

Ringkaskan? Jika butang reset tidak ditekan mengikut masa ditetapkan, hon kenderaan dibunyikan dan lampu isyarat kecemasan akan dinyalakan.

Butang SOS

Nissan Support System for Preventing Abandoned Vehicles.01
Nissan Support System for Preventing Abandoned Vehicles.02

Jika ada kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan, butang SOS boleh ditekan untuk menarik perhatian individu di luar. Sebaik saja butang SOS ditekan, hon kenderaan dibunyikan dan lampu isyarat kecemasan pun menyala.

Bagi kenderaan dengan sistem kunci berpusat, kunci pintu akan terbuka automatik apabila butang SOS ditekan. Seperti dikatakan, sistem berkenaan menggunakan konsep ringkas dengan bunyi hon yang boleh menarik perhatian individu berhampiran.

BACA >>> Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT
BACA >>> Nissan Serena (2023) Baharu dengan Enjin 1.4L e-POWER Kini di Jepun, Harga Mula RM104k!
BACA >>> #BikinKereta: Pikap Sunny (1987) TPC Guna Motor Elektrik Nissan LEAF!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Nissan, Nissan Caravan, Nissan Civilian, Nissan Support System for Preventing Abandoned Vehicles, Sistem Sokongan untuk Cegah Kenderaan Ditinggalkan, Support System for Preventing Abandoned Vehicles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev