• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Elektrik smart #1 Bakal Lancar Lebih Awal, Suku Ketiga 2023!

Kereta Elektrik smart #1 Bakal Lancar Lebih Awal, Suku Ketiga 2023!

March 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON New Energy Technology (Pro-Net) ialah syarikat dibangunkan Proton untuk menguruskan jualan dan pengedaran kereta elektrik (EV) smart #1.

Pro-Net baru-baru ini mengeluarkan kenyataan, EV itu bakal debut di pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini.

BACA >>> Smart #1 - SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?
BACA >>> Jetour Ice Cream EV (2023) - Kereta Elektrik Harga Rahmah di Filipina, RM57.3k Sahaja!

Berbeza pengumuman tahun lalu mengenai pelancaran smart #1 yang dijangka suku keempat tahun ini, model itu mungkin tiba lebih awal. Menerusi taklimat khas baru-baru ini, orang ramai boleh melihat model EV itu lebih dekat pada suku kedua tahun ini.

Selepas berbulan lama menandatangani perjanjian pengedar rasmi dengan Smart Global, Pro-Net aktif mengembangkan kumpulan bakat sebagai persediaan kempen pemasaran akan datang.

smart1led
smart1-feature-doorhandle

Antaranya adalah membina ruang pejabat dan mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat serba baharu untuk semua produk elektrik pintar di Malaysia selain menyediakan pasaran tempatan dengan jualan premium dan perkhidmatan selepas jualan.

Berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Gentari, pelan awal adalah membina 20 stesen cas pantas (DC) pada 2023.

Pro-Net bertanggungjawab menyediakan lokasi pengecasan dan fasiliti kuasa, manakala Gentari bertanggungjawab menyediakan infrastruktur pengecasan dan penyelesaian pengendali.

Pro-Net juga sedang mengkaji meluaskan skop pengecasan tersedia untuk pelanggannya, termasuk menyediakan pengecasan rumah sehenti bagi menambah bilangan stesen cas tersedia seluruh negara menjelang 2025.

Stesen pengecas pertama akan dipasang di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), manakala cawangan peniaga smart juga akan mempunyai stesen cas untuk memenuhi keperluan pemilik EV tersebut.

Mengenai penubuhan rangkaian pengedar, smart sedang giat merekrut pengedar premium baharu di seluruh Semenanjung, meliputi wilayah Utara, Tengah dan Selatan, manakala Pusat 3S khas akan disediakan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pemilik.

Aplikasi smart mensasarkan menyediakan perjalanan digital 360 yang lancar untuk semua pemilik kereta smart, daripada perkhidmatan servis hingga lokasi stesen cas EV.

BACA >>> Smart #1 - SUV Elektrik Pertama Kerjasama Mercedes-Geely, Bakal Diedarkan Proton?
BACA >>> Smart #1 Masuk Malaysia Tahun Depan!

smart #1
smart #1 rear
frameless door
halo roof
smart logo
smart1-feature-doorhandle
smart1-feature-ledrearlightbands
smart1led
smart #1

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: EV, Geely, kereta elektrik, pro-net, Proton, Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Smart #1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev