• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BIMS2023: Thailand Dapat Kawasaki Ninja ZX-4R (2023), Harga Mula RM41.5k!

#BIMS2023: Thailand Dapat Kawasaki Ninja ZX-4R (2023), Harga Mula RM41.5k!

March 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Ninja ZX-4R (2023) dilancarkan untuk pasaran Thailand dalam dua pilihan varian, Standard yang berharga 320,000 baht (RM41,500) dan SE berharga 360,000 baht (RM46,690) sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023 yang kini sedang berlangsung.

Perbezaan, varian Standard hadir dalam warna Metallic Spark Black (hitam), manakala SE mendapat liveri Kawasaki Racing Team (KRT) Lime Green/Ebony.

BACA >>> YouTuber Dakwa Jadi Pemilik Pertama Kawasaki ZX-25R di India, Netizen Mula Curiga
BACA >>> Middleweight 4 Dapur dari China, Voge Infinity RR 660 (2023) Mampu Pecut Lebih 200kmj!

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) dijana enjin 4-silinder 399cc DOHC penyejukan cecair dengan had rev hingga 15,000rpm untuk meledakkan kuasa setinggi 75hp, manakala menerusi bantuan ram-udara, kuasa mampu dipertingkat hingga 78hp.

Enjin 'empat dapur' ini dipadankan ciri antigelincir Assist & Slipper (A&S) untuk anjakan gear lebih lancar. Namun, hanya varian SE menerima ciri Quickshifter (atas/bawah), port USB dan fork jenis Show SFF-BP 37mm boleh laras prabeban di depan.

Bagaimanapun,  monoshock belakang bukan daripada jenama Showa BFRC Lite seperti varian RR di pasaran Amerika Syarikat (AS),  cuma monoshock biasa sahaja.

Bagi mengetengahkan rekabentuk casis Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) ke kelas 400cc, dimensi casis seperti posisi pusat graviti, swingarm, paksi enjin, termasuk sudut caster, diilhamkan daripada jentera Kawasaki World Superbike Ninja ZX-10RR, manakala ekzos daripada Ninja ZX-6R.

Dari segi keselamatan, Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) mendapat brek cakera kembar 290mm di depan dengan kaliper brek 4-piston, manakala brek belakang menggunakan cakera tunggal 220mm dengan kaliper brek piston tunggal.

Sportbike ini ini turut diberikan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).

Teknologi Bluetooth terbina dalam di dalam panel meter membolehkan telefon pintar dihubungkan kepada aplikasi telefon pintar Kawasaki 'Rideology The App' yang membolehkan penunggang menikmati pengalaman menunggang lebih baik.

Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) mendapat panel meter digital TFT 4.3 inci dengan mod paparan biasa atau trek, dan empat mod tunggang: Sport, Road, Rain, atau Rider (manual).

Sportbike ini mempunyai kapasiti bahan api 15 liter.

Kawasaki ZX-4R Masuk Malaysia?

Apabila ditanya mungkinkah Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) dibawa masuk ke pasaran Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan tidak menolak kemungkinan tersebut, tetapi memohon pembeli tempatan bersabar kerana Modenas kini sedang sibuk menguruskan pelancaran Ninja ZX-25R untuk pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun ini.

Satu-satulah dulu," kata Roslan.

BACA >>> Sportbike Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) Lancar di Eropah, Harga RM41k
BACA >>> Modenas Lancar Kawasaki Ninja ZX-25R Pada Jun/Julai, Harga Bawah RM35k?

Kawasaki ZX-4r-
Kawasaki ZX-4r-1
Kawasaki ZX-4r-2
Kawasaki ZX-4r-3
Kawasaki ZX-4r-4
Kawasaki ZX-4r-5
Kawasaki ZX-4r-6
Kawasaki ZX-4r-7
Kawasaki ZX-4r-8
Kawasaki ZX-4r-9
Kawasaki ZX-4r-10
Kawasaki ZX-4r-11
Kawasaki ZX-4r-12
Kawasaki ZX-4r-13
Kawasaki ZX-4r-14
Kawasaki ZX-4r-15
Kawasaki ZX-4r-16
Kawasaki ZX-4r-17
Kawasaki ZX-4r-18
Kawasaki ZX-4r-19
Kawasaki ZX-4r-20
Kawasaki ZX-4r-21
Kawasaki ZX-4r-22
Kawasaki ZX-4r-23
Kawasaki ZX-4r-24
Kawasaki ZX-4r-26
Kawasaki ZX-4r-27
Kawasaki ZX-4r-28
Kawasaki ZX-4r-29
Kawasaki ZX-4r-30
Kawasaki ZX-4r-31
Kawasaki ZX-4r-32
Kawasaki ZX-4r-33
Kawasaki ZX-4r-34

 

Related

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023, Bangkok international motorshow 2023, BIMS 2023, Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-4R (2023), Kawasaki ZX-4R, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023, roda2, Thailand, WorldSBK, ZX-25R, ZX4r

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev