DISEBABKAN keselamatan sentiasa menjadi tumpuan utama dalam bidang pengangkutan, wujudnya ASEAN NCAP, sebuah badan bebas yang menguji dan memberi penarafan kereta yang dijual di ASEAN, termasuk Malaysia.
Seorang pemerhati automotif dari Indonesia, Syarif Hidayat berkata, ASEAN NCAP boleh memberi impak yang baik kepada orang ramai kerana mereka tahu jenama dan model yang boleh memberi perlindungan maksimum sekiranya berlaku kemalangan.
Bagaimanapun, Bekas pegawai di Kementerian Perindustrian itu berkata penarafan yang diberikan ASEAN NCAP pada dasarnya lebih mendorong pengeluar kereta untuk meningkatkan sistem keselamatan produknya.
Jadi ASEAN NCAP New Car Assesment ini bagus-bagus saja. Ini lebih kepada pengeluar untuk mempromosi diri sebagai pengeluar kereta yang baik menurut saya," kata Syarif.
Tambahnya, jika soal keselamatan, yang lebih penting ialah manusia itu sendiri. Selama ini masalah yang berlaku ialah masyarakat yang kurang pendidikan semasa membawa kenderaan di jalan raya.
Isu keselamatan memang menjadi tanggungjawab pelbagai pihak kerana keselamatan sudah tentu akan ditentukan oleh pelbagai perkara, pertama infrastruktur, jalan raya, papan tanda lalu lintas, kemudian peraturan," kata Syarif.
Pensyarah Politeknik APP itu berkata, mendidik pemandu dan pengguna jalan raya adalah lebih sukar.
Ya kita semua tahulah, bagaimana pemandu kita di jalan seperti 'kurang terdidik' seperti melawan arah, memotong dari kiri," jelasnya.
Menurutnya, pengguna di Indonesia tidak kisah untuk berbelanja membeli kereta yang mahal, asalkan ditawarkan dengan ciri-ciri yang menarik.
Harga tidak penting selagi ada duit, malah makin mahal makin bangga. Mungkin harga 10 perak, saya beli 100 perak, padahal mungkin nilai barang itu 20 perak. Tapi kalau dia beli mahal bangga, sebab tidak semua orang boleh beli," kata dia.
BACA >>> Indonesia Mahu Bina Fasiliti Ujian Perlanggaran Sendiri, Lebih Ketat daripada Asean NCAP
BACA >>> Euro NCAP Bakal Guna Patung Dummy Gemuk untuk Ujian Perlanggaran
SUMBER: Otomotif Kompas
perodua batu caves says
lebih baik, ada platform Asian NCAP. lebih meyakin pembeli kereta masa kini