SELEPAS empat tahun menunggu, produk pertama hasil kerjasama Harley-Davidson-QJ Motor akhirnya diperkenalkan di China, iaitu Harley-Davidson X350 (2023) pada harga 33,388 yuan (RM21,750).
Pengenalan siri X 350 buatan China itu adalah penerokaan pertama Harley-Davidson dalam segmen bawah 500cc, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai penunggang menyertai keluarga jenama dua roda dari Amerika Syarikat itu.
BACA >>> Video Bocor Dedah Rupa Sebenar Harley Davidson X350 (2023)
Berikut perincian Harley-Davidson X350 (2023):
X350 didatangkan dalam tiga warna pilihan, Dazzling Black (hitam), Joyful Orange (oren) dan Bright Silver (perak).
Dijana enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 353cc penyejukan cecair berkuasa 36hp @ 11,000rpm dan tork 31Nm @ 7,000rpm.
BACA >>> Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc 'Baby Harley'
Output dan trenkuasa itu sama seperti model QJMotor SRK350, manakala kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan sistem pacuan rantai.
Selain enjin, Harley Davidson X350 menggunakan frem trellis dengan subfrem dan sudut suspensi belakang sama seperti QJMotor SRK350.
Lampu utama bentuk bulat dengan lampu LED penuh. Tinggi pelana cuma 817mm. Kapasiti tangki minyak 13.5 liter. Kadar penggunaan bahan api 4.95 liter per 100km. Jarak tunggangan maksimum setangki penuh petrol ialah 273km.
BACA >>> Harley-Davidson HD350, HD500 Keluaran China Bakal Masuk Malaysia?
Panel meter kombi yang menggabungkan paparan analog dan digital. Sistemp suspensi fork terbalik (USD) 41mm dan monoshock di belakang. Kedua-dua sistem suspensi boleh laras.
Sistem brek menggunakan dwi-cakera 260mm (depan) dengan kaliper 4-piston dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper tunggal (belakang) serta turut dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci dan dibalut set tayar Pirelli Angel ST 120/160.
BACA >>> Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
BACA >>> Kenapa Skuter XDV 250i (2023) Guna Nama WMoto, Bukan Keeway?
BACA >>> MForce Bakal Lancar Supermoped 150cc Akhir Tahun Ini!
BACA >>> MForce Bakal Jadi Pengedar Rasmi Motosikal, Skuter Elektrik Yadea di Malaysia?
Leave a Reply