• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Delica Mini (2023) Kini di Jepun, Anggaran Harga RM60k-RM76k

Mitsubishi Delica Mini (2023) Kini di Jepun, Anggaran Harga RM60k-RM76k

March 24, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Arena dan Juara adalah dua model yang hangat diperkatakan sekarang. Kedua-duanya cukup praktikal digunaka, yang mana banyak Juara diubah suai menjadi van kamper.

Ini pula saudara jauh Juara, iaitu Mitsubishi Delica Mini (2023). Andai kata dibawa masuk ke pasaran tempatan kelak, model inimampu mengisi ruang yang wujud untuk peminat aktiviti luar (outdoor).

BACA >>> #RetroAuto: Petronas Pernah Bikin Enjin Prestasi Setanding Honda VTEC untuk Proton
BACA >>> #PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

Kei-car begini juga ada kelompok peminat tersendiri yang boleh dilihat melalui populariti Honda N-Box. Mitsubishi Delica Mini dibangunkan berasaskan konsep  'Reliable & Active Super Height Wagon'.

Delica Mini bakal diedarkan di Jepun pada Mei 2023 dan Mitsubishi Motors Corporation sudahpun menerima tempahan sejak Januari 2023.

Trenkuasa

mitsubishi-delica-mini-2023-6
mitsubishi-delica-mini-2023-7

Ada dua jenis enjin untuk empat varian ditawarkan. Mitsubishi Delica Mini T Premium dan T menggunakan enjin hibrid 3-silinder turbo, manakala varian G Premium dan G digerakkan enjin hibrid tanpa turbo. Kedua-duanya boleh dipilih dalam pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Praktikaliti

Kerusi belakang boleh laras dengan jarak 320mm dan ada ruang kaki selesa walaupun kerusi depan dianjak ke posisi maksimum. Pintu belakang jenis gelangsar mempunyai ukuran lebar 650mm dan lantai rata memudahkan penumpang keluar dan masuk.

Lebih mudah, pintu itu ada fungsi bebas tangan automatik dan boleh dibuka dan ditutup menggunakan sensor kaki. Sangat mudah jika kedua-dua tangan membawa peralatan perkhemahan.

Papan but dan  belakang kerusi dibuat daripada bahan mudah cuci dan menyenangkan jika membawa barang perkhemahan berselut atau basah.

Pengendalian

Mitsubishi turut mengambil kira faktor kegunaan dan bukan sekadar menjual konsep. Mitsubishi Delica Mini pacuan 4WD menggunakan tayar saiz 165/60 R15 dan absorber talaan khas untuk cengkaman yang baik dan mengurangkan gegaran dalam kabin.

Ciri tersebut memberikan kestabilan dan keselesaan atas permukaan tidak berturap seperti jalan berkelikir.

Dua sistem, iaitu Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Kawalan Turun Bukit (HDC) dijadikan ciri standard. Ciri TCS berfungsi dengan membrek roda yang mengalami gelinciran di permukaan jalan bersalji dan berlecak.

Ciri HDC pula memastikan Mitsubishi Delica Mini dapat menuruni curam atau permukaan jalan licin pada halaju rendah melalui kawalan elektronik.

Bagi teknologi bantuan pemanduan, varian T Premium dan G Premium dilengkapi sistem Mi-Pilot dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) jenis radar bagi mengekalkan jarak dengan kenderaan depan, termasuk sistem Kawalan Stereng dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) untuk membantu pemandu kekal dalam lorong pemanduan.

Sistem Mitsubishi e-Assist Delica Mini terdiri daripada lapan fungsi canggih seperto Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM) dan Bantuan Cegah Salah Tekan Pedal (EAPM).

Harga

Mitsubishi Delica Mini dijual pada harga bermula sekitar 1.8 juta yen (RM60,940) hingga 2.25 juta yen (RM76,210).

BACA >>> SUV Mitsubishi Hibrid Gaya Sport, Outlander Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style
BACA >>> Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa

mitsubishi-delica-mini-2023-7
mitsubishi-delica-mini-2023-6
mitsubishi-delica-mini-2023-10
mitsubishi-delica-mini-2023-5
Mitsubishi Delica Mini.04
Mitsubishi Delica Mini.03
mitsubishi-delica-mini-2023-9
mitsubishi-delica-mini-2023-1
mitsubishi-delica-mini-2023-2
mitsubishi-delica-mini-2023-3

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Keicar, Mitsubishi, Mitsubishi Delica, Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi Delica Mini (2023), Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev