SEMPENA Sukan Olimpik Paris 2024, Lotus mengumumkan akan menghasilkan basikal trek untuk pasukan Britain.
Jenama automotif asal Britain itu turut mendedahkan Lotus Engineering dan bahagian perundingan syarikat sedang mengendalikan pembangunan basikal trek baharu tersebut.
BACA >>> Lotus Emira (2022) Lancar di Malaysia! Harga Mula RM1.13j, Langkawi Semurah RM457k!
BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!
Lotus kini masih belum mendedahkan data basikal baharu berkenaan, tetapi dijangka memiliki spesifikasi lebih kurang sama atau lebih baik daripada produk dihasilkan sebelum ini bersama pasukan berbasikal Britain pada Olimpik Tokyo 2020.
Pembuatan basikal lumba bukan asing buat Lotus kerana sebelum ini pernah menghasilkan produk konsep revolusi Lotus Type 108 yang mempamerkan rekabentuk monokok bergaya daripada komposit karbon termaju, dan pendekatan aerodinamik mengagumkan menerusi keratan rentas aerofoil.
Malah, Lotus Type 108 pernah membantu pelumba Britain, Chris Boardman menempatkan diri dalam sejarah lumba basikal trek apabila memenangi emas pada Olimpik 1992 di Barcelona.
Kejayaan beliau turut mencetuskan pembinaan Lotus Type 110 untuk percubaan masa yang menampilkan inovasi serupa. Menerusi model itu, Boardman turut memenangi percubaan masa Prologue ketika Tour de France 1994.
Dengan kemajuan teknologi masa kini, Lotus dilihat bakal menggunakan material lebih ringan, lasak dan aerodinamik dioptimum untuk menghasilkan basikal lumba yang mampu menjuarai emas pada Olimpik Paris 2024.
Ketua Aerodinamik Lotus, Richard Hill berkata, berbeza era dahulu yang hanya menumpukan pembangunan basikal aerodinamik yang mampu bergerak pantas, sebaliknya Lotus menggunakan pendekatan berbeza.
Terdapat dua elemen berasingan - basikal dan penunggang - yang bersatu bergabung satu untuk bergerak di udara. Itulah pendekatan kami ambil dengan basikal Tokyo dan diteruskan untuk Paris 2024,” katanya.
BACA >>> Kereta Sport Milik Pengasas Lotus Buka Bidaan, Anggaran Harga Lebih RM310k!
BACA >>> Lotus Buka Program Lawatan Kilang kepada Umum, Serendah RM530
SUMBER: Carmudi
Leave a Reply