• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / OWNYX MRA - Aksesori Lampu Signal Belok, Brek untuk Helmet

OWNYX MRA - Aksesori Lampu Signal Belok, Brek untuk Helmet

March 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FIRMA pemula (start-up) Perancis, OWNYX menghasilkan aksesori pencahayaan tambahan untuk dipasang pada helmet penunggang motosikal, dipanggil peranti amaran MRA.

OWNYX MRA berfungsi sebagai lampu signal belok dan brek tambahan  yang menggunakan sistem magnetik untuk meniru pencahayaan motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: Jauhi 6 Perkara Ini Jika Anda Tunggang Motosikal Ketika Hujan

Berbeza akselerometer, sistem OWNYX MRA menggunakan seunit penerima wayarles yang disambungkan kepada pencahayaan motosikal.

OWNYX MRA - 0
OWNYX MRA - 1

Pencahayaan OWNYX MRA mampu meningkatkan kadar penglihatan hingga 2 meter dan lebih luas, iaitu 230º, lebih signifikan berbanding standard sistem pencahayaan motosikal biasa, 1 meter dan 130º.

Peranti itu juga bersifat ringan, kompak dan memiliki rekabentuk menarik dengan kadar ketebalan cuma 1.8sm, dan berat kurang 120 gram.

OWNYX MRA - 18
OWNYX MRA - 19

Berdasarkan laman web OWNYX, pengguna juga tidak perlu memotong sebarang wayar untuk membuat sambungan kepada alat pemancar isyarat kepada MRA. Ada empat pilihan warna disediakan.

OWNYX MRA akan dijual bermula bulan depan. Buat masa ini, pratempahan sudah dibuka pada harga promosi AS$162 (RM730). Sebaik saja dilancarkan, harga dijangka naik kepada AS$189 (RM850).

Maklumat lanjut boleh layari laman web OWNYX.

BACA >>> Held Perkenal Jaket Motosikal dengan Sistem Lampu LED
BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan
BACA >>> Spidi Mission Beta Concept - Jaket Pelindung untuk Penunggang Elak Pencemaran Udara

OWNYX MRA - 3
OWNYX MRA - 8
OWNYX MRA - 5
OWNYX MRA - 10
OWNYX MRA - 4
OWNYX MRA - 7
OWNYX MRA - 18
OWNYX MRA - 19
OWNYX MRA - 9
OWNYX MRA - 13
OWNYX MRA - 14
OWNYX MRA - 11
OWNYX MRA - 12

SUMBER: OWNYX

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Aksesori Helmet, helmet, OWNYX MRA, Sistem pencahayaan motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev