• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) Tampil dengan Dua Warna, Harga Mula RM36.5k!

Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) Tampil dengan Dua Warna, Harga Mula RM36.5k!

March 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODENAS menerusi subsidiari, Edaran Modenas (EMOS) memperkenalkan sports cruiser terbaharu, Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) yang boleh didapati menerusi rangkaian pengedar seluruh negara bermula hujung bulan ini.

Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) didatangkan dalam dua pilihan warna, Metallic Flat Spark Black (hitam) dan Pearl
Matte Sage Green (hijau). Berikut perincian model tersebut:

BACA >>> Modenas Vulcan S 650 (2023) Versi CKD Lancar Minggu Depan, Harga RM36.5k?
BACA >>> Benda LFC700 Siap Sedia Lawan Kawasaki Vulcan S, Harga Mula RM24.9k

HARGA MODENAS VULCAN S 650 ABS (2023)

  • Metallic Flat Spark Black: RM36,500
  • Pearl Matte Sage Green: RM37,200

TRENKUASA

Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder 649cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI), sama seperti Ninja 650.

Bagaimanapun, trenkuasa itu ditala semula untuk mengekstrak kuasa 60hp @ 7,500rpm dan tork 62.4Nm @ 6,600rpm yang sesuai untuk tunggangan harian. Kotak gear pula jenis klac manual 6-kelajuan.

PERINCIAN

  • Modenas Vulcan S 650 ABS (2023) bukan cruiser biasa kerana dilengkapkan sistem Ergo Fit yang menggunakan bar hendal berbeza, dengan pelana dan peg kaki boleh laras 3-tetapan. Ini membolehkan model ini ditunggang pelbagai kategori penunggang.
  • Sistem lampu jenis LED untul lampu utama dan lampu belakang.
  • Panel meter kombi LCD digital-analog.
  • Menggunakan frem berlian (diamond) dengan sistem suspensi fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan 17 inci dengan tayarc160/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 272mm di depan, dan cakera tunggal 216mm di belakang.
  • Memiliki dimensi panjang 2,310mm, lebar 880mm dan tinggi 1,100mm, manakala jarak tinggi bumi 130mm. Tinggi pelana 705mm dan berat 229kg.
  • Kapasiti tangki minyak 14 liter.
  • Waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km.

BACA >>> Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?
BACA >>> Modenas Bakal Lancar 4 Model Kawasaki Versi CBU, Satu Model CKD 650cc Tahun Ini
BACA >>> Laku Keras, Benda LFC-70 Tutup Tempahan, Risau Tidak Mampu Penuhi Permintaan

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, Edaran Modenas (EMOS), Modenas Vulcan S 650 ABS, Modenas Vulcan S 650 ABS (2023), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my