• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Projek HSR KL-Singapura Boleh Terus Jika Tiada Biaya Kerajaan

Menteri: Projek HSR KL-Singapura Boleh Terus Jika Tiada Biaya Kerajaan

March 8, 2023 By Azhan O Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MALAYSIA mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan mengembalikan pelaksanaan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi tidak melibatkan pembiayaan Kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan pihak swasta yang berhasrat meneruskan projek mega itu.

BACA >>> KTMB Perkenal Kereta Api Khas ke Pantai Timur, Tambah Tiket ETS ke Utara
BACA >>> Kerajaan Lancar MyRailLife, Percuma Naik Komuter, Shuttle KTM untuk Pelajar Sekolah, OKU

Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri sudah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita boleh berbincang mengenainya. Kita terbuka kepada sebarang cadangan daripada pihak swasta selagi tidak melibatkan pembiayaan Kerajaan,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan di majlis anjuran Invest Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, Kerajaan setakat ini belum menerima sebarang cadangan tertentu atau menyeluruh daripada pihak swasta, dan tiada tempoh masa ditetapkan untuk projek berkenaan kerana cadangan pelaksanaan dibatalkan Kerajaan pimpinan
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Tiada keperluan mendesak dari segi melaksanakan sebarang projek bersejarah, jadi ketika ini kita terbuka kepada mekanisma pelaksanaan dan pembiayaan baharu," kata Loke.

Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bersama mengenai pembatalan projek HSR kerana kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat mengenai perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai cadangan pembinaan pelabuhan Pulau Carey, Loke menyatakan Lembaga Pelabuhan Klang sudah membuat kajian kebolehlaksanaan dan kertas Kabinet akan disediakan tidak lama lagi.

Ada sektor swasta berminat membangunkan pelabuhan itu, tetapi kini masih di peringkat awal,” katanya.

BACA >>> Tren HSR dari China 'Naik Kapal' ke Indonesia, Tiba Hujung Bulan Ini
BACA >>> HSR Jakarta-Bandung Hampir Siap, Masa Perjalanan Tiga Jam Akan Jadi 40 Minit Sahaja

SUMBER: Bernama

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Projek HSR KL-Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev