UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan 9,297 unit (9,233 unit Toyota dan 64 unit Lexus) sepanjang Februari 2023, sekali gus merekodkan prestasi jualan bulan ke bulan tertinggi wakil pengeluar itu bulan lalu.
Sebagai perbandingan, UMWT mencatat peningkatan 37 peratus pertumbuhan jualan bulanan pada Februari 2023 dengan berbanding Januari 2023 (6,786 unit, Toyota dan Lexus).
BACA >>> Toyota Jadi Pengeluar Kereta Paling Banyak Daftar Paten 2022!
BACA >>> 86Re:PROJECT - Program Khas Toyota untuk Baik Pulih Toyota 86!
Juga ada peningkatan 45 peratus (Toyota+Lexus) dalam jualan bulanan untuk Februari 2023 berbanding bulan sama pada 2022. Justeru jualan tahun setakat Februari 2023 untuk Toyota (16,004 unit) dan Lexus (79 unit) meneruskan permulaan kukuh tahun ini.
Angka jualan tahun setakat ini juga menunjukkan peningkatan stabil, iaitu 15 peratus untuk kedua-dua jenama tersebut berbanding tempoh sama tahun lalu.
UMWT dan GAZOO Racing Malaysia bulan lalu melancarkan lima model GR dan GR Sport, terdiri daripada GR Supra, GR Corolla, GR86, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.
Pelancaran itu mewakili visi Toyota menghasilkan kereta lebih baik yang direkabentuk berasaskan DNA daripada pengalaman dan pencapaian sukan permotoran global.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata;
Dengan pengenalan model GR dan GR Sport baharu kami, serta Toyota Vios serba baharu, kami teruja untuk terus menyediakan kenderaan yang melebihi jangkaan pelanggan."
Sementara itu, Toyota GAZOO Racing (TGR) Musim 6 Pusingan 1 bermula menerusi saingan Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), manakala Pusingan 2 akan berlangsung pada 3 dan 4 Jun 2023.
Tempahan Toyota Vios (2023) serba baharu generasi keempat sudah dibuka bermula 24 Februari lalu di semua bilik pameran Toyota sah seluruh negara.
BACA >>> UMWT Buka Tempahan Toyota Vios (2023) di Malaysia, Cuma 2 Varian, Harga RM90k-RM96k
BACA >>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)
Leave a Reply