• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Mitsubishi Motors Kini di Kemaman

Pusat 3S Mitsubishi Motors Kini di Kemaman

March 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MITSUBISHI Motor Malaysia (MMM) menerusi pengedar rasmi, Okuan Motors membuka satu Pusat 3S Mitsubishi Motors di Kemaman, Terengganu.

Pusat 3S baharu itu dibina dengan keluasan 464.5 meter persegi yang dilengkapi ruang istirahat pelanggan dengan sambungan WiFi serta sudut khas kanak-kanak. Premis itu dilengkapi tiga ruang baik pulih kenderaan untuk kerja penyelenggaraan harian.

BACA >>> MMM Jual Lebih 24k Kenderaan Sepanjang 2022, Mitsubishi Xpander Paling Laris!
BACA >>> Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata;

Okuan Motors menjadi keluarga Mitsubishi Motors sejak 2015 dengan Pusat 3S di Kuantan, Pahang. Sebagai antara pengedar yang bersungguh meningkatkan kadar pengalaman pengguna. Okuan Motors kini meluaskan kedudukan ke Terengganu dengan Pusat 3S baharu merangkumi jualan dan perkhidmatan selepas jualan."

Buat masa ini, MMM memiliki enam cawangan pengedar di Pantai Timur untuk menampung keperluan pemilik trak pikap Triton dan crossover 7-kerusi Xpander.

Okuan Motors terletak di No F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2 di Kemaman River Front, Biz Centre di Cukai, Terengganu. Waktu operasi bermula Sabtu hingga Rabu seawal jam 8.45 pagi hingga 5.15 petang. Waktu operasi pada Khamis pula lebih singkat, iaitu jam 8.45 pagi hingga 5 petang.

BACA >>> SUV Mitsubishi Hibrid Gaya Sport, Outlander Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style
BACA >>> Triton Lonjak Pasukan Mitsubishi Ralliart Sebagai Juara AXCR 2022
BACA >>> Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Lancar, Hanya 1,000 unit, Harga Mula RM139k!

Related

55
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, mitsubishi motor malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Okuan Motors, Shinya Ikeda, Triton, Xpander

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev