BARU-BARU ini kami menulis artikel mengenai Boon Siew Honda (BSH) mungkin membawa masuk Honda Vario 125 ke pasaran Malaysia. Hari ini, sumber kami memaklumkan skuter itu bakal dilancarkan 12 Mac ini (Ahad)!
Bagaimanapun, harga Honda Vario 125 (2023) itu masih tidak didedahkan. Namun berdasarkan pasaran negara jiran seperti Indonesia, skuter itu dijual dalam tiga varian pada harga:
- CBS: Rp22.35 juta (RM6,815)
- CBS-ISS: Rp24 juta (RM7,319)
- CBS-ISS SP: Rp24.25 juta (RM7,395)
* Harga atas jalan, Jakarta.
Pelancaran Vario 125 (2023) sangat diperlukan supaya Honda dapat bersaing dengan Yamaha dengan Ego Avantiz 125 (foto atas) yang popular sejak dilancarkan pada 2016. Buktinya, Yamaha Ego Avantiz 125 masih kekal relevan di pasaran tempatan hingga sekarang.
Sebabnya, walaupun skuter maksi yang kebanyakannya berkapasiti 155cc ke. atas semakin mendapat tempat di Malaysia, tetapi permintaan terhadap skuter enjin kecil juga masih tinggi.
Tambahan lagi, skuter 125cc masih praktikal untuk digunakan sebagai motosikal harian, terutama kalangan penunggang wanita, individu bertubuh kecil, atau tidak mahu membawa motosikal/skuter besar dan berat. Malah, kos penyelenggaraan skuter kecil lebih murah.
Berikut spesifikasi Honda Vario 125 versi Indonesia:
Trenkuasa Honda Vario 125
- Trenkuasa 4-lejang eSP 124.8cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 11hp @ 8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm.
Perincian Honda Vario 125
- Menampilkan rekaan liveri lebih moden dengan lima pilihan warna menarik. Rekabentuk badan menerima penambahbaikan pada bahagian fairing sisi depan untuk menyerlahkan gaya sporty.
- Menggunakan lampu LED pada lampu depan, lampu belakang lampu siang (DRL), dan lampu signal belok.
- Rim 14 inci rekaan baharu mirip Vario 150.
- Rim varian CBS-ISS SP mendapat warna Matte Dark Bronze (tembaga kusam).
- Saiz tayar dipertingkat 90/80 (depan) dan 100/80 (belakang).
- Ada port pengecas USB dalam kotak konsol.
- Sistem penghidup tanpa kunci (keyless) menggunakan Sistem Kunci Pintar Honda untuk varian CBS-ISS dan CBS-ISS SP.
- Kapasiti tangki minyak 5.5 liter dengan jarak tunggangan 51.7km per seliter petrol.
Persoalannya, berapakan harga patut diletakkan BSH pada Honda Vario 125 (2023) ini?
BACA >>> Honda Vario 125 Bakal Masuk Malaysia?
BACA >>> AHM Lancar Skuter Honda Vario 125 Versi Dipertingkat, Harga Mula RM6.8k!
Leave a Reply