• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahindra Tiru Aksi Video YouTuber, Buktikan Bumbung Scorpio N Tiada Masalah Bocor

Mahindra Tiru Aksi Video YouTuber, Buktikan Bumbung Scorpio N Tiada Masalah Bocor

March 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

BEBERAPA hari lalu, seorang penghasil konten mencuri tumpuan ramai dengan video bumbung bocor Mahindra Scorpio N selepas parkir kenderaan di bawah air terjun.

Kami sudah laporkan mengenai kisah bumbung Mahindra Scorpio N bocor dan ini pula laporan apa tindakan diambil Mahindra sebagai strategi 'tindak balas'.

Just another day in the life of the All-New Scorpio-N. pic.twitter.com/MMDq4tqVSS

— Mahindra Scorpio (@MahindraScorpio) March 4, 2023

BACA >>> Video Bumbung SUV Terlaris India Mahindra Scorpio N (2022) Bocor Sampai Kabin Lencun

Akaun rasmi Mahindra Scorpio memuat naik satu video aksi kenderaan utiliti sukan (SUV) Scorpio N mengundur ke bawah limpahan air terjun di lokasi sama seperti video tular sebelum ini.

Di dalam kabin SUV itu, ada jurukamera membuat rakaman dan menunjukkan tiada kesan kebocoran berlaku. Klip video sama memaparkan satu mesej iaitu rakaman itu dihasilkan dengan tunjuk ajar golongan profesional.

Ramai netizen menyokong klip video Mahindra dengan memuji cara pasukan pengeluar itu menyampaikan mesej dan bukti secara jelas. Ada netizen lain menyatakan apa yang dipamerkan Mahindra mungkin menarik lebih ramai pemilik kenderaan melakukan aksi sama.

BACA >>> 25k Unit Mahindra Scorpio-N Habis Ditempah Kurang Seminit!
BACA >>> Ssangyong Failkan Muflis, Mahindra Tarik Diri Jadi Pelabur, Mahu Jual Saham
BACA >>> Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

SUMBER: NDTV

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Mahindra India, Mahindra Scorpio-N, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my