• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bikin Motosikal Guna 'Aluminium Hijau', Sasar Capai Status Neutral Karbon 2050

Yamaha Bikin Motosikal Guna 'Aluminium Hijau', Sasar Capai Status Neutral Karbon 2050

March 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Motor Co Ltd pada 2 Mac lalu mengumumkan sudah mula menggunakan material aluminium 'hijau' dalam proses pengeluaran motosikal. Malah ini kali pertama pengeluar motosikal dari Jepun itu menggunakan bahan binaan mesra alam.

Yamaha juga merancang meluaskan penggunaan material tersebut pada masa akan datang. Material 'hijau' itu bermaksud komponen dihasilkan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam usaha mengurangkan kesan pelepasan emisi.

BACA >>> Yamaha MT-09 Cyber Rally (2022) Diperkenalkan di Osaka
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

Yamaha mendakwa 12-31 peratus berat keseluruhan kenderaan adalah melibatkan komponen aluminium yang mana proses pembuatan 'hijau' dilakukan akan mengurangkan jumlah pelepasan emisi karbon.

Terdahulu, Yamaha sudah menggunakan material aluminium kitar semula yang sudah mencapai 80 peratus penggunaan sumber kitar semula.

Dengan tambahan aluminium hijau, Yamaha kini dalam misi mencapai tambahan kadar 20 peratus lagi untuk komponen yang tidak boleh menggunakan aluminium kitar semula sebagai sebahagian proses pengeluaran.

Ini juga langkah pertama Yamaha mengaplikasi penggunaan aluminium hijau pada motosikal membabitkan bahagian motosikal kuasa besar dan jentera lumba off-road.

Foto dikongsi menunjukkan Yamaha MT-09 akan menerima pembaharuan membabitkan bahagian bawah klamp tripel, rim depan dan belakang, serta swingarm.

Yamaha ada rancangan 2050 (Yamaha Motor Group Environmental Plan 2050) dengan misi mencapai status neutral karbon untuk semua aktiviti perniagaan seperti keseluruhan rantaian bekalan.

Pengeluar itu mahu mencapai kadar 100 peratus peralihan kepada material mampan menjelang akhir 2050. Selain material aluminium hijau, Yamaha juga meneroka sumber mesra alam lain seperti resin daripada sumber tumbuhan dan lain-lain.

BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Nampak Remeh, Tapi 4 Perkara Ini Boleh Jahanamkan Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Rantai dan Sproket Motosikal Masih OK atau KO?

SUMBER: RideApart

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aluminium hijau, Auto Terkini, Motosikal Mesra Alam, roda2, Yamaha Motor Co. Ltd, Yamaha Motor Group Environmental Plan 2050

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my