• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda H'Ness CB350 Cafe Racer (2023) Lancar Bulan Depan di India!

Honda H'Ness CB350 Cafe Racer (2023) Lancar Bulan Depan di India!

March 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA masih gagal mencabar populariti Royal Enfield walaupun sudah melancarkan dua model 350cc untuk pasaran India sejak tiga tahun lalu.

Dua model diperkenalkan itu ialah CB350 pada September 2020 dan varian scrambler CB350 RS pada Februari 2021. Terbaharu, Honda merancang menambah model ketiga kelas 350cc, iaitu Honda CB350 Cafe Racer (2023), bulan depan.

BACA >>> Honda India Rancang Jadi Hab Eksport Motosikal Dunia!

Royal Enfield mencatat jualan lebih 26,ooo unit model Classic 350 pada Januari lalu. Sebagai perbandingan, siri Honda CB350 cuma meraih jualan 1,086 unit dalam tempoh sama.

Honda CB350 Cafe Racer (2023) dikatakan menawarkan pilihan lebih luas kepada pelanggan di India dalam segmen 350cc dengan menampilkan beberapa perubahan menarik.

Model yang ditayangkan dalam satu mesyuarat pengedar, baru-baru ini menampilkan ciri pelana tunggal, kowl lampu utama baharu, rim aloi, trenkuasa dihitamkan, dan kemasan krom.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Kemasan Krom dan Cat Kereta yang Perlu Anda Tahu

Sistem lampu menggunakan LED penuh dengan kluster instrumen semi digital dan turut disediakan port USB untuk mengecas telefon pintar.

Honda CB350 Cafe Racer (2023) menggunakan trenkuasa sama seperti varian CB350 lain yang menawarkan kuasa 20.8hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm. Transmisi kekal klac manual 5-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper ).

Model itu turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (HSVCS).

Honda CB350 Cafe Racer (2023) dijangka dijual pada harga kira-kira 230,000 rupee (RM12,460).

BACA >>> Royal Enfield Classic 500 Paling Mampu Milik Habis Jual dalam Seminggu, RM3.6k Sahaja!
BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 (2023) Lancar di Malaysia 9 Mac ini! Harga Bawah RM20k?
BACA >>> Honda GB350 (2021) Buatan India Lancar di Jepun, Harga Mula RM20k

SUMBER: RushLane

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda CB350 Cafe Racer (2023), Honda India, motosikal 350cc, roda2, Royal Enfield

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev