• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda GB350 (2021) Buatan India Lancar di Jepun, Harga Mula RM20k

Honda GB350 (2021) Buatan India Lancar di Jepun, Harga Mula RM20k

April 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Jepun melancarkan roadster GB350 yang diimport (CBU) dari India dalam dua pilihan varian, GB350 dan GB350 S. Di India, model itu dipanggil H’ness CB350 (H’ness bermaksud Highness).

Naked bike dengan gaya klasik siri GB era 80-an itu dijual pada anggaran harga 550,000-594,000 yen (RM20,770-RM22,430). Berikut perinciannya:

HONDA GB350
HONDA GB350 S
  • Varian GB350 mirip H’ness India dengan komponen standard warna krom, termasuk bezel lampu utama, madgad, kotak engkol dan sistem ekzos. GB350 S pula, semua kemasan krom digantikan hitam kusam.
  • Dijana trenkuasa patuh Euro5 4-lejang silinder tunggal OHC 348cc dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 21.7hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan.
GB350
GB350 S
  • Siri GB350 menampilkan lampu belakang LED penuh gaya retro. GB350 S pula menggunakan bentuk lampu signal belok moden yang tirus, manakala lampu brek belakang diletakkan di hujung bawah pelana.
    GB350
    GB350 S
  • Tangki minyak sebenar 15 liter dan berbentuk titisan air. Pelana tunggal kedua-dua varian berbeza, GB350 bergaya 80-an, dan GB350 S ala cafe racer dengan madgad potongan pendek. Berat GB350 180kg, manakala kembarnya lebih ringan, 178kg.
  • Kluster meter analog ditambah skrin digital LCD kecil yang memaparkan maklumat seperti jarak dan trip odometer, baki petrol, indikator posisi gear, jam dan voltan bateri. Simbol dan indikator amaran dipamerkan pada kanan meter.
  • Frem keluli jenis kradel semi-ganda (semi-double cradle) membantu imbangan mendatar dan menegak serta ketegaran torsi (torsional rigidity). Rekabentuk frem ini juga memposisikan enjin lebih rendah untuk menguatkan pusat graviti. Swingarm segiempat membantu mengurangkan kesan gegaran ketika menunggang.
    GB350
    GB350 S
  • Fork depan berdiameter 41mm dan sistem dwi-absober membantu meningkatkan keselesaan dan kestabilan tunggangan.
  • Rim aloi dengan jejari huruf Y dilengkapi sistem henti moden jenis brek cakera 310mm (depan), dan brek cakera 240mm (bekalang) serta dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Kawalan Traksi (TC).

SUMBER: Honda | MotoPinas

Artikel Berkaitan

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda GB350 (2021), Honda GB350 S (2021), Honda H’ness CB350 (2021), Honda Japan, roadster, roda2, sportbike, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my