MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta pengeluar dan pembekal bas tidak hanya menumpukan tawaran kenderaan baharu di Semenanjung, tetapi turut melibatkan Sabah dan Sarawak.
Beliau mendakwa menerima banyak maklum balas daripada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pelbagai perkhidmatan baharu diperkenalkan di Semenanjung termasuk mod pengangkutan baharu dan mutu perkhidmatan lebih baik.
BACA >>> Ramai Pemandu Pengangkutan Malaysia Pilih Singapura Sebab Gaji Tinggi
BACA >>> Anthony Loke: Serap Kos Ujian Lesen Bantu Anak Muda Ceburi Ekonomi Gig
Loke berkata;
Apa yang saya cadangkan pihak pengeluar (kenderaan) dan pihak pembekal pergi memperkenalkan produk ke Sabah dan Sarawak.
"Ini supaya operator di sana ada ruang untuk naik taraf flit masing-masing. Mana tau mereka juga sudah bersedia untuk melabur (naik taraf perkhidmatan).
"Saya nak katakan, di Sabah dan Sarawak ada juga pasarannya. Selalunya pengeluar lebih bertumpu produk untuk Semenanjung saja. Saya harap mereka juga boleh pasarkan kepada operator di Sabah dan Sarawak.
"Jika di Sabah dan Sarawak sudah bersedia untuk melabur, mereka boleh berbincang dengan pelbagai agensi Kerajaan untuk melihat bagaimana kita boleh memudah cara. Umpamanya dari segi pembiayaan, ada Bank SME , Bank Pembangunan dan dana yang boleh dimohon untuk mendapatkan pelaburan memiliki flit baharu.
"Agensi seperti MIROS (Institup Kajian Jalan Raya Malaysia), juga boleh membantu memberi nasihat dari segi teknikal. Inilah saya maksudkan."
BACA >>> Allianz General Lancar Pakej Allianz Truck Warrior untuk Kenderaan Barangan Hingga 7.5 Tan
Beliau turut menjelaskan Kerajaan sebenarnya tidak memiliki sebarang syarikat bas ekspres. Ini kata beliau:
Jadi, apa saya nak katakan bas-bas baharu ini bukan dibeli Kerajaan dan Kerajaan tidak memiliki apa-apa syarikat bas ekspres.
"Kerajaan tidak mengendalikan industri bas ekspres tetapi apa dikendalikan ialah bas henti-henti atau bas dalam bandar seperti RapidKL.
"Untuk bas ekspres rentas negeri atau antara negeri, semuanya dikendalikan pihak swasta. Jadi, pihak swasta perlu membelanja kos mereka dan melabur untuk mendapatkan bas-bas baharu ini.
"Ini ada ekosistem, iaitu sokongan pihak institusi kewangan seperti bank dan pengeluar kenderaan di pasaran."
BACA >>> Kerajaan Belanja RM1 Bilion Tampung Kos Bas Henti-Henti Sejak 2012
BACA >>> Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara 'Real-Time'
Leave a Reply