• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Eropah Terima Royal Enfield Interceptor 650, Continental GT 650 (2023) Edisi Gelap dan Rim Aloi

Eropah Terima Royal Enfield Interceptor 650, Continental GT 650 (2023) Edisi Gelap dan Rim Aloi

March 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEJAK dilancarkan pada 2018, Royal Enfield Interceptor 650 dan versi lebih sporty, Royal Enfield Continental GT 650  ditawarkan dalam pelbagai warna, dan masih menggunakan rim jejari vintaj dengan tayar tiub.

Kali ini, peminat di Eropah tidak perlu lagi menukar rim vintaj tersebut dengan rim aloi dan tayar tiubles kerana Royal Enfield sudah mengemas kini dua model itu dengan ciri dimahukan.

BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 Motosikal Terbaik India 2023!
BACA >>> #Spyshot: Model Motosikal Elektrik Pertama Royal Enfield Bocor di India

Dua motosikal edisi 2023 itu kini dipasangkan rim aloi 7 jejari nipis dengan tayar tiubles saiz 100/90-18 di depan dan 130/70-18 di belakang.

Royal Enfield Continental GT (2023) dan Royal Enfield Interceptor 650 (2023) kekal dilengkapi brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan dan belakang, termasuk casis, fork teleskopik dan swingarm keluli seperti terdapat pada model sedia ada.

Tiada tetapan suspensi lebih berprestasi seperti diberikan pada Royal Enfield Super Meteor.

Penggunaan lampu LED baharu pada juga menjadikan model 2023 itu lebih bergaya dengan gaya neo-retro yang mewah. Ciri lain disediakan ialah port USB baharu, kusyen pelana ditambah baik untuk keselesaan dan suis bar hendal baharu.

Dua model 650 ini juga menampilkan ekstra warna krom dan perak, serta turut mengetengahkan tona gelap pada bahagian enjin, sistem ekzos, rim dan sirip penyejuk.

Tiada perubahan mekanikal, masih menggunakan enjin kembar selari Parallel-Twin 648cc penyejukan minyak dengan ofset pin engkol 270º berkuasa 48hp @ 7,150rpm dan tork 52Nm.

Royal Enfield Interceptor 650 (2023) dijual di Jerman pada harga €7,490 (RM35,630), manakala Royal Enfield Continental GT 650 (2023) berharga €7,690 (RM36,590).

Kedua-dua model tersebut boleh didapati di pengedar Royal Enfield Eropah bermula akhir bulan lalu. Pada masa sama, model terdahulu dengan rim jejari masih dikekalkan yang ditawarkan €400 (RM1,910) lebih murah.

BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 (2023) Lancar di Malaysia 9 Mac ini! Harga Bawah RM20k?
BACA >>> Royal Enfield Lancar Pusat 3S Kedua Malaysia, ke-152 Asia Pasifik

SUMBER: Ride Apart

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023, Jipang, roda2, royal enfield Continental GT 650, Royal Enfield Continental GT 650 (2023), Royal Enfield Interceptor 650, Royal Enfield Interceptor 650 (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my