• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Royal Enfield Hunter 350 Motosikal Terbaik India 2023!

Royal Enfield Hunter 350 Motosikal Terbaik India 2023!

January 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROYAL Enfield Hunter 350 dianugerahkan Motosikal Terbaik India (IMOTY) 2023 selepas menewaskan TVS Ronin di tempat kedua dan Suzuki V-Strom SX (ketiga).

Sebanyak 10 motosikal mara ke pusingan penjurian sebelum tiga model dipilih dan hanya satu layak meraih anugerah IMOTY 2023.

Barisan juri IMOTY 2023 membabitkan 15 wartawan automotif pelbagai penerbitan seluruh India. Berikut motosikal yang berjaya mara ke pusingan penjurian:

  • Triumph Tiger Sport 660
  • Suzuki V-Strom SX
  • Bajaj Pulsar N160
  • Royal Enfield Hunter 350
  • TVS Ronin
  • Yezdi Scrambler
  • Yezdi Adventure
  • Honda CB300F
  • BMW G 310 RR
  • KTM RC390.

Semua motosikal dinilai berdasarkan pelbagai kriteria seperti nilai untuk wang, rekabentuk, penjimatan bahan api, teknologi dan lain-lain.

IMOTY 2023 diadakan di Litar Antarabangsa Buddh dengan mendapat tajaan JK Tyre bersama rakan kongsi Deloitte dan Persatuan Wartawan Automotif India (AJAI) sebagai pengendali anugerah.

Anugerah Motosikal Terbaik India 2023 diterima Pengarah Urusan Royal Enfield, Siddhartha Lal untuk model Royal Enfield Hunter 350.

Royal Enfield Hunter 350 diletakkan dalam segmen 'nilai untuk wang' pada harga:

  • Retro Factory - 149,900 rupee (RM8,420)
  • Dapper - 163,900 rupee (RM9,210)
  • Rebel - 168,900 rupee (RM9,490)

Di Malaysia, Royal Enfield ada menawarkan model Classic 350 dan Meteor 350 pada tanda harga RM23,500 dan RM24,500.

BACA >>> Royal Enfield Buka Kilang CKD di Brazil, Mahu Kuasai Pasaran Amerika Selatan
BACA >>> Royal Enfield Classic 500 Paling Mampu Milik Habis Jual dalam Seminggu, RM3.6k Sahaja!

SUMBER: BikeWale

 

Artikel Berkaitan

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: anugerah motosikal terbaik india 2023, Global, hunter 350, IMOTY 2023, India, roda2, Royal Enfield

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my