• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Galaxy - Model Elektrifikasi Premium dari China yang Serba Canggih, Pintar

Geely Galaxy - Model Elektrifikasi Premium dari China yang Serba Canggih, Pintar

February 28, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


IBARAT kilang inovasi dan produk, Geely Auto Group (Geely Auto) memperkenalkan satu lagi jenama, iaitu Geely Galaxy.

Jenama terbaharu itu diposisikan sebagai siri produk elektrifikasi premium dan Geely sudahpun bersedia dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) jarak jauh, iaitu Geely Galaxy L7. Malah, turut didedahkan model elektrik, Geely Galaxy Light.

Dalam majlis yang berlangsung di Hangzhou itu, Geely Auto memperkenalkan teknologi elektrifikasi baharu dan canggih seperti Sistem Keselamatan Bateri Aegis, trenkuasa NordThor Hybrid 8848 dan sistem operasi kenderaan pintar terkini, Galaxy N-OS.

Produk Geely Galaxy akan menggunakan arkitektur elektrifikasi pintar khas, dan E-CMA untuk produk hibrid jarak jauh. Dari segi rekabentuk, Geely Galaxy menggunakan bahasa rekabentuk baharu yang futuristik.

7 Model Geely Galaxy

Dalam tempoh dua tahun akan datang, Geely Galaxy merancang untuk mempunyai tujuh unit model baharu seperti berikut:

  • Empat model elektrik hibrid jarak jauh seperti SUV Geely L7 (foto atas) dan sedan Geely L6 dengan penghantaran bermula suku kedua dan ketiga 2023.
  • Tiga model bawah siri Galaxy E, iaitu model pertama Galaxy E8 dijadual diserahkan pada suku keempat 2023.

Sistem Keselamatan Bateri Geely Aegis

Siri Galaxy akan menjadi pertama di bawah Geely menggunakan sistem keselamatan bateri Aegis yang memberi perlindungan tahap tertinggi kepada pengguna dan ketenangan minda sepanjang jangka hayat unit bateri.

Sistem bateri itu berupaya melindungi pengguna daripada impak langsung bateri akibat kemalangan.

Bersama Wise Star Cloud Connected Central Computing System, sistem Aegis boleh meningkatkan hayat bateri hingga 20 peratus.

Trenkuasa Hibrid NordThor 8848

NordThor 8848 ialah enjin hibrid khas dan terkini daripada Geely Auto yang mempunyai kecekapan puncak haba 44.26 peratus. Trenkuasa ini menggunakan sistem pengurusan prediktif pertama dalam industri dan mampu menjimatkan penggunaan bahan api hingga 15 peratus.

Dipadankan transmisi hibrid khas (DHT) NordThor 3-kelajuan, trenkuasa hibrid NordThor menawarkan kombinasi terbaik dari segi prestasi dan penjimatan bahan api.

Bagi SUV Geely Galaxy L7, trenkuasa hibrid itu mampu mencecah kelajuan maksimum 200kmj, manakala pecutan 0-100kmj dalam masa 7.5 saat.

Ujian jalanan model hibrid jarak jauh menunjukkan kadar penggunaan bahan api 5.23 liter per 100km yang membolehkan Galaxy L7 dipandu sejauh 1,730km dengan setangki penuh dalam pemanduan hibrid.

Sistem Operasi GALAXY N

Sistem ini menggunakan cip kenderaan Qualcomms Snapdragon 8155 yang boleh dimulakan pantas dengan memerlukan 0.5 saat untuk berada dalam keadaan sedia.

Dengan bantuan rangkaian satelit Geely Holding Group, model Geely Galaxy mempunyai akses kepada ketepatan hingga sentimeter dan peta berketepatan tinggi untuk membantu dalam fungsi pemanduan pintar.

BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!
BACA >>> Jenama Baharu Bawah Geely, Radar Auto Perkenal Trak Pikap Elektrik RD6!
BACA >>> Geely Jalin Kerjasama dengan Pengeluar Poland Hasilkan EV Tempatan Jenama Izera

Geely Galaxy
Geely Galaxy L7
Geely Galaxy Light (L8)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely Auto, Geely Galaxy, Geely Galaxy L7, Geely Galaxy L8, Geely Galaxy Light

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my